Polis siasat kes budak 10 tahun ditampar di Stesen MRT Kovan ketika dalam perjalanan ke kelas madrasah
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar hiasan: Tangkapan skrin dari Google Street View
SINGAPURA: Pasukan Polis Singapura (SPF) sedang menyiasat kes seorang budak lelaki berusia 10 tahun, yang ditampar seorang lelaki tidak dikenali di stesen MRT Kovan.
Kejadian itu difahamkan berlaku pada kira-kira 8.30 pagi Sabtu (2 Sep) ketika budak itu dan adik lelakinya yang berusia lapan tahun, sedang dalam perjalanan ke kelas madrasah di Persatuan Bayaan di Hougang.
APA YANG BERLAKU?
Dua beradik itu menaiki kereta api dari stesen MRT Boon Keng di Laluan Timur Laut (NEL). Lelaki itu pula, menaiki kereta api tersebut dari stesen MRT Serangoon, dan dikatakan duduk bertentangan dengan dua beradik tersebut.
Lelaki itu kemudian turun bersama dua beradik tersebut di stesen MRT Kovan, dan berjalan di belakang mereka.
Semasa kedua-dua adik beradik itu berjalan ke arah pintu keluar 'Exit C', si abang secara tiba-tiba ditampar lelaki berkenaan di pipi kiri.
Lelaki itu juga memarahi kedua-dua adik beradik dalam bahasa Inggeris dan Cina lalu menunjukkan jari hantunya sebelum bergegas meninggalkan kawasan itu.
Seorang pejalan kaki di situ tampil menghulurkan bantuan kepada kedua-dua beradik tersebut.
"Saya berasa terkejut ketika menerima panggilan daripada polis yang memberi khabar mengenai anak-anak saya. Jantung saya berdegup kencang kerana risau tentang keadaan anak-anak saya ketika itu," ujar ibu kepada dua beradik itu, Sitti Nur Faizah, 36 tahun ketika dihubungi BERITA Mediacorp.
Ketika dimaklumkan mengenai kejadian yang menimpa anak kedua dan ketiganya itu, ibu kepada enam orang anak tersebut sedang berada di rumah bersama anak-anaknya yang lain.
Lebih memilukan bagi Cik Faizah ialah suaminya sedang menunaikan ibadah umrah dan tidak berada di sisi beliau.
Kedua-dua beradik itu telah mendapat rawatan perubatan di Hospital Wanita dan Kanak-kanak KK (KKH) berikutan insiden tersebut.
Si abang mengalami kesan bengkak di pipinya.
Kedua beradik akan diberi bantuan psikologi bagi menangani trauma yang mungkin dialami.
SIASATAN MASIH DIJALANKAN
Ketika dihubungi BERITA Mediacorp, SPF mengesahkan bahawa laporan polis sudah dibuat dan siasatan sedang dijalankan.
Pihak polis tambahnya sudah mendapatkan rakaman kamera televisyen litar tertutup (CCTV) dari stesen kereta api tersebut untuk membantu dalam siasatan.
Setakat ini, motif tindakan lelaki berkenaan tidak diketahui.
"Saya berharap ini tidak akan berlaku kepada mana-mana kanak-kanak lain di luar sana," ujar Cik Faizah.

Sumber : BERITA Mediacorp/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.