Polis siasat insiden serangan di Marina Bay Sands; penghibur 'drag' dihambur kata-kata berbaur 'homofobik'
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: mistress_kiramoon/Instagram
SINGAPURA: Pasukan Polis Singapura (SPF) sedang menyiasat satu insiden serangan fizikal di Marina Bay Sands pada awal pagi Ahad (10 Mac).
Ini selepas seorang penghibur 'drag' (mereka yang lazimnya lelaki dan berpenampilan dengan ciri-ciri kewanitaan) berkongsi di wadah online mengenai insiden 'homofobik' yang berlaku.
Homofobik adalah perasaan tidak suka terhadap kaum sejenis.
Dalam menjawab pertanyaan Mediacorp, SPF menyatakan bahawa pihaknya dimaklumkan mengenai satu kes yang melibatkan perbuatan sengaja menyebabkan kecederaan di 10 Bayfront Avenue, di mana terletaknya Marina Bay Sands pada kira-kira 6.10 pagi pada Ahad.
Seorang lelaki berusia 29 tahun enggan dibawa ke hospital, menurut polis.
Dalam satu siri hantaran yang dimuat naik di Instagramnya, seorang penghibur "drag" yang dikenali sebagai Mistress Kira Moon, mengatakan bahawa dia serta rakan-rakannya sedang mencari tempat untuk makan selepas meninggalkan sebuah kelab malam. Seorang lelaki, yang berkemeja T berwarna hitam, kemudiannya muncul lalu menghamburkan kata-kata berbaur homofobik kepada mereka.
Penghibur itu menyatakan bahawa dia pun saling berdepan dengan lelaki itu apabila beberapa rakan lelaki tersebut terlibat sama dalam pertengkaran berkenaan. Ini sekali gus menyebabkan tercetusnya serangan fizikal.
Dia mendakwa lelaki itu dan rakan-rakannya telah menyerangnya di mana "kepalanya ditarik ke lantai, rambut palsunya terpelanting dan kepala(nya) terkena panel kaca".
Dia juga mendakwa seorang rakan yang cuba mempertahankannya "ditumbuk, dikelilingi semasa terbaring di lantai dan ditendang (di) muka". Rakannya itu mengalami kecederaan "yang paling teruk" dalam kejadian itu, tambah penghibur tersebut.
Penghibur 'drag' itu mendedahkan polis menyatakan bahawa serangan sedemikian bukan kesalahan yang boleh ditangkap.
Menyebabkan kecederaan secara sengaja adalah kesalahan yang tidak boleh diberkas di Singapura.
Siasatan polis berhubung kejadian itu sedang dijalankan.

Sumber : Today/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.