Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Polis siasat insiden penumpang cuba buka pintu MRT yang sedang bergerak

Anggaran Waktu Membaca:
Polis siasat insiden penumpang cuba buka pintu MRT yang sedang bergerak

(Gambar: Yazid Jaffar/Facebook)

SINGAPURA: Pengendali pengangkutan SMRT sedang membantu polis dengan siasatan yang melibatkan seorang penumpang yang cuba membuka pintu gerabak kereta api pada Rabu (29 Nov).

Menjawab pertanyaan Mediacorp, Presiden SMRT Trains Lam Sheau Kai mengesahkan bahawa terdapat "beberapa video yang tular di media sosial, yang menunjukkan seorang penumpang cuba membuka pintu gerabak kereta api".

Polis juga mengesahkan pada Sabtu (2 Dis) bahawa pihaknya menerima aduan dan siasatan masih dijalankan.

Ketika kejadian itu, Encik Lim berkata bahawa kakitangan stesen SMRT dimaklumkan pada jam 1.00 tengah hari pada Rabu mengenai "seorang penumpang lelaki yang memakai dress cuba membuka pintu gerabak kereta api dengan sengaja sedang kereta api itu mula bergerak".

"Perbuatan itu membahayakan keselamatan penumpang itu serta yang lain yang berada di dalam kereta api tersebut," tambahnya.

Dalam satu rakaman video, seorang lagi lelaki cuba untuk menghalangnya setelah penumpang berkenaan berjaya membuka sedikit pintu gerabak kereta api itu sedang MRT bergerak.

Gambar yang tular di media sosial kemudian menunjukkan penumpang berkenaan terbaring di lantai platform stesen itu, di samping kehadiran pegawai TransCom. Mediacorp difahamkan bahawa platform itu berada di stesen Ang Mo Kio.

Encik Lam berkata bahawa kakitangan stesen itu memasuki kereta api tersebut untuk menyiasat perkara itu, tetapi penumpang berkenaan "tidak memberikan kerjasama dan berubah menjadi aggresif".

Beliau menambah bahawa penumpang itu juga menentang kakitangan stesen itu apabila dinasihatkan untuk keluar daripada kereta api supaya penumpang lain dapat meneruskan perjalanan.

"Kami memandang serius kelakuan sedemikian dan TransCom sudah diaktifkan dan tiba di lokasi. Kami sedang membantu polis dalam siasatan."
Sumber : CNA/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan