Polis siasat insiden barisan kereta Honda Civic diletakkan di sepanjang jalan untuk bergambar
7 kereta Honda Civic dilihat diletakkan di sepanjang jalan. (Gambar: Facebook/SGRV FRONT MAN)
SINGAPURA: Polis pada Khamis (31 Mac) menyatakan pihaknya sedang menyiasat insiden yang mana beberapa kereta Honda Civic diletakkan di jalan raya awam untuk satu sesi mengambil gambar.
Dalam gambar yang dimuat baik di Facebook pada Sabtu, tujuh kereta Honda Civic dilihat diletakkan di jabanah Sime Road menghala ke Kheam Hock Road.
"Sesi bergambar sedang berlaku di dalam terowong jalan awam, pemandu menggunakan jalan ini berwaspada dan memandu dengan berhati-hati!" menurut catatan Facebook kumpulan trafik SG Road Vigilante.
Sekurang-kurangnya tujuh orang kelihatan di tempat itu, sebahagian daripada mereka sedang mengambil gambar kereta tersebut. Dua daripada mereka dilihat menggendong anak.
Menjawab pertanyaan Mediacorp polis menyatakan: "Polis Trafik maklum akan insiden itu dan akan menyiasat perkara tersebut."
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.