Skip to main content

Singapura

Polis siasat dua lelaki lompat penghadang, masuk padang selepas perlawanan Liverpool-Crystal Palace

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Dua lelaki sedang membantu siasatan polis selepas melompat penghadang yang mengelilingi padang di Stadium Negara selepas perlawanan bola sepak antara Liverpool dan Crystal Palace pada Jumaat (15 Jul).

Kejadian tersebut berlaku selepas upacara penyampaian trofi ketika pasukan Liverpool mengelilingi stadium untuk mempamerkan trofi dan mengucapkan terima kasih kepada penyokong mereka.

Dua lelaki itu yang memakai jersi Liverpool, meluru ke padang dengan melompat penghadang iklan.

Lelaki pertama berjaya mengelak ditangkap anggota keselamatan buat beberapa minit sebelum akhirnya ditahan.

Lelaki kedua pula tersungkur di depan pasukan Liverpool ketika melompat penghadang itu. Dia segera ditahan anggota keselamatan.

Menjawab soalan Mediacorp, polis menyatakan pihaknya menerima panggilan meminta bantuan di 1 Stadium Drive pada Jumaat (15 Jul).

"Dua lelaki berusia 17 dan 41 tahun akan membantu siasatan bagi kesalahan menceroboh dengan sengaja di bawah Seksyen 21(1) Akta 1906 Kesalahan-kesalahan Lain (Ketenteraman Awam dan Gangguan) ," tambah jurucakap itu.

Kesalahan itu membawa hukuman denda maksimum S$1,000.
Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita