Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Polis siasat doktor didakwa membuat catatan anti-Islam di Facebook

Satu laporan polis dibuat terhadap Dr Kho Kwang Po kerana didakwa memuat naik catatan Facebook yang mengandungi kenyataan anti-Islam, kata pihak berkuasa sebagai menjawab pertanyaan Mediacorp.

Anggaran Waktu Membaca:
Polis siasat doktor didakwa membuat catatan anti-Islam di Facebook

(Gambar hiasan: Reuters)

Diterbitkan : 30 Jun 2021 11:05PM Dikemas Kini : 30 Jun 2021 11:06PM

SINGAPURA: Satu laporan polis dibuat terhadap Dr Kho Kwang Po kerana didakwa memuat naik catatan Facebook yang mengandungi kenyataan anti-Islam, kata pihak berkuasa sebagai menjawab pertanyaan Mediacorp.

Dr Kho, yang menandatanganidua surat terbuka berasingan oleh para doktor di sini yang mempersoalkan keselamatan vaksin Pfizer-BioNTech pada kanak-kanak dan meminta program vaksinasi nasional difikirkan semula, telah membuat beberapa catatan awam antara 2014 dan April tahun ini yang dikatakan mendakwa bahawa Islam adalah agama yang ganas.

Menjawab pertanyaan mengenai catatan berkenaan, jurucakap polis pada Rabu (30 Jun) berkata satu laporan telah dibuat dan siasatan sedang dijalankan. Dipercayai bahawa laporan itu difailkan pada Selasa.

Dalam salah satu catatannya bertarikh 13 April lalu, Dr Kho didakwa menulis mengenai isu tudung dengan bertanya jika "jururawat Muslim di Singapura akan kelihatan seperti di Arab Saudi".

Dia juga telah menerbitkan catatan lain pada 8 November tahun lalu yang mengulas tentang insiden tembakan ganas di Pakistan. Dr Kho didakwa berkata: "Setiap orang harus mempelajari ajaran Islam dengan sejujurnya ​​dan membuat kesimpulan sendiri mengenai hakikat sebenar agama itu."

Mediacorp difahamkan bahawa Dr Kho telah diberi amaran mengenai laporan polis yang dibuat terhadapnya pada tahun 2019, tetapi butirannnya tidak diketahui.

Dr Kho, yang pendaftaran perubatannya tidak dapat ditemukan dalam rekod umum, adalah salah seorang daripada lima doktor yang menandatangani surat terbuka meminta agar vaksinasi bagi budak sekolah dihentikan sehingga terdapat lebih banyak maklumat mengenai kematian remaja lelaki berusia 13 tahun di Amerika Syarikat.

Sumber : Today/SU/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan