Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Polis siasat dakwaan pergaduhan antara Lion City Sailors & Tampines Rovers

Anggaran Waktu Membaca:
Polis siasat dakwaan pergaduhan antara Lion City Sailors & Tampines Rovers

Gambar: Youtube Video/ Liga Perdana Singapura (SPL)

SINGAPURA: Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) pada Isnin (25 Jul) mendakwa Lion City Sailors dan Tampines Rovers atas pergaduhan yang berlaku pada penghujung perlawanan Liga Perdana Singapura (SPL) antara kedua-dua pasukan.

Rakaman sorotan perlawanan rasmi SPL menunjukkan ketua jurulatih pasukan Sailors, Kim Do Hoon dan penolong jurulatih pasukan Rovers, Mustafic Fahrudin pada jarak yang dekat. Tangan kiri Encik Mustafic terletak di atas bahu Encik Kim.

Ketika dua lelaki itu sedang bertengkar, Encik Kim kelihatan menggerakkan kepalanya ke arah muka Encik Mustafic.

Encik Mustafic kemudian terjatuh dan menutup mukanya. Beliau kemudian beredar daripada tempat kejadian.

Kejadian itu berlaku di kawasan teknikal di Stadium Jalan Besar pada minit ke-87 perlawanan yang dimenangi oleh pasukan Lion City Sailors.

Dua lelaki berkenaan didakwa oleh FAS kerana bersikap ganas. Pasukan Sailors dan Rovers juga didakwa atas kelakuan pasukan mereka.

Pasukan Sailors juga didakwa atas kelakuan penyokong mereka.

Kesemua pihak mempunyai masa sehingga pukul 6.00 petang pada Rabu (27 Jul) untuk memberikan sebarang jawapan bertulis kepada jawatankuasa disiplin FAS.

Kesemua kes akan dibicarakan di mesyuarat jawatankuasa tatatertib yang akan diadakan pada Khamis (28 Jul).

"Memandangkan perkara itu kini dihadapkan ke
(jawatankuasa disiplin), tiada ulasan lanjut akan dibuat sehingga proses penghakiman selesai," kata Aloysius Vetha, pengarah pertandingan FAS.

Polis juga mengesahkan pada Isnin (25 Jul) bahawa laporan sudah dibuat dan siasatan sedang dijalankan.
Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan