Skip to main content

Singapura

Polis siasat dakwaan 3 wanita serang remaja perempuan di Compassvale Link

Anggaran Waktu Membaca:
Polis siasat dakwaan 3 wanita serang remaja perempuan di Compassvale Link

(Gambar:sgfollowsall melalui Complaint Singapore/Facebook)

SINGAPURA: Pasukan Polis Singapura (SPF) sedang menyiasat dakwaan serangan terhadap seorang remaja perempuan oleh sekumpulan tiga wanita di tempat letak kenderaan bertingkat di Compassvale Link.

Rakaman video yang tersebar di media sosial menunjukkan tiga wanita itu bersemuka dan memukul seorang gadis yang memakai baju berwarna putih.

Dalam satu kenyataan pada Khamis (18 Ogos), polis menyatakan pihaknya dimaklumkan tentang insiden, yang berlaku di tempat letak kenderaan bertingkat di Blok 269 Compassvale Link, sekitar pukul 9.00 malam pada Selasa (16 Ogos).

Remaja perempuan itu mengalami kecederaan namun tidak perlu dibawa ke hospital dengan serta-merta. Mangsa kemudian mendapatkan rawatan perubatan, menurut polis.

"Mereka yang terlibat dipercayai saling mengenali antara satu sama lain," tambah SPF.

Dalam tiga klip video berlainan, masing-masing dengan durasi dianggarkan sekitar seminit, tiga wanita yang memakai baju hitam dilihat bersemuka dengan remaja yang berpakaian baju putih di sebuah tempat letak kenderaan bertingkat. Ia sukar untuk mengandaikan usia ketiga-tiga wanita berkenaan berdasarkan rakaman video tersebut.

Tiga wanita berpakaian hitam itu kemudian dilihat memukul, menendang dan bergelut dengan remaja berkenaan di atas lantai manakala dua lelaki yang berpakaian merah dan seorang wanita berhampiran menyaksikan pergaduhan tersebut.

Dua lelaki itu dipercayai mengenali semua individu yang terbabit dalam pergaduhan tersebut. Salah seorang daripada lelaki itu kemudian cuba untuk campur tangan apabila remaja perempuan berkenaan ditendang ketika terbaring di atas lantai.

Daripada video tersebut, ia bagaimanapun tidak jelas sebab mengapa pergaduhan itu tercetus.

Dalam respons kepada pertanyaan Mediacorp, polis menolak untuk memberi komen mengenai identiti para individu yang terbabit dalam insiden itu kerana siasatan sedang dijalankan.

SPF juga enggan mendedahkan siapa yang memfailkan aduan polis.
Sumber : Today/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita