Polis siasat bunga api dilancarkan di Ghim Moh
Polis sedang menjalankan siasatan selepas bunga api dilihat di Ghim Moh lewat Jumaat (20 Mac).
Petikan skrin video yang menunjukkan bunga api di Ghim Moh pada 20 Mac 2026. (Gambar: Instagram/sgfollowsall)
Dalam video-video yang tular di media sosial, percikan bunga api kelihatan dilepaskan di sekitar beberapa flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB). Bunyi sorakan juga kedengaran dalam video-video tersebut.
Menjawab pertanyaan Mediacorp, polis menyatakan bahawa pihaknya dimaklumkan berhubung satu kes pelepasan bunga api di 16A Ghim Moh Road, iaitu sebuah tempat letak kereta bertingkat, pada Jumaat, pukul 11.15 malam.
Tiada kecederaan dilaporkan.
Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) memberitahu Mediacorp pihaknya dimaklumkan mengenai kebakaran melibatkan bunga api jenis "sparklers", dan api tersebut terpadam dengan sendirinya sebelum para pegawai tiba di lokasi kejadian.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.