Polis siasat aduan urus niaga tidak sah menerusi aplikasi Koufu Eat
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar fail: Koufu Group)
SINGAPURA: Koufu, salah satu pengendali pusat makanan terbesar Singapura, sudah memaklumkan kepada polis selepas menerima aduan tentang "urus niaga tidak sah" menerusi aplikasinya.
"Kami menerima beberapa aduan mengenai urus niaga tidak sah bagi pembayaran menerusi aplikasi Koufu Eat kami," menurut syarikat itu pada Selasa (31 Dis) sebagai menjawab pertanyaan Mediacorp.
Ia menambah pihaknya sudah melaporkan kes tersebut kepada polis dan siasatan sedang dijalankan.
Sejak lewat Oktober, beberapa maklum balas di Google Play Store mendakwa bahawa penipuan urus niaga dilakukan menggunakan kad kredit atau debit para pemberi maklum balas selepas mereka menggunakan aplikasi Koufu Eat.
Seorang individu memuat naik maklum balas pada 26 Oktober menyatakan mereka mencuba untuk meletakkan butiran kad pada aplikasi tersebut namun tiada yang muncul. Mereka kemudian menerima pemberitahuan bahawa kad itu sedang dimasukkan ke dalam Google Pay.
Seorang lagi individu pada 3 Disember menyatakan: "Saya terima notis transaksi penipuan selepas meletakkan butiran kad kredit DBS saya ke dalam aplikasi ini."
Seorang lagi berkata pada 21 Disember beliau berdepan isu untuk meletakkan butiran kad atau menghubungkan akaun PayLah mereka pada aplikasi itu. Beberapa minggu kemudian mereka berkata kad itu digunakan bagi urus niaga tidak sah.
Setakat 31 Disember, sekurang-kurangnya enam maklum balas diterima mengenai isu tersebut.
Seorang wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Celine memberitahu Mediacorp beliau berdepan isu serupa semasa cuba menggunakan aplikasi itu untuk membeli makan malam.
Beliau memuat turun aplikasi itu buat pertama kali semasa mengunjungi pusat makanan Koufu di Tengah bersama suaminya pada 11 Disember.
Mereka mengalami isu itu selepas beliau cuba menggunakan kad suaminya untuk membuat pembayaran melalui aplikasi tersebut. Mereka berulang kali diminta memberikan Kata Laluan Sekali Sahaja (OTP) meskipun sudah melakukannya.
"Entah bagaimana, urus niaga itu, tempahan kami, tidak lepas," kata beliau.
"Kami cuba beberapa kali dan tetap berdepan masalah sama."
Pada 21 Disember, suami beliau dimaklumkan bahawa sebanyak €500 (S$709) dipotong daripada kad beliau oleh seseorang dengan nama yang "pelik", kata Celine.
Menurut Koufu, aplikasi itu tidak menyimpan butiran kad kredit pelanggan memandangkan kaedah pembayarannya adalah menerusi eNETS.
"Selepas membuat imbas menerusi aplikasi Koufu Eat, pelanggan diarah ke wadah pembayaran eNETS bagi proses pembayaran," tambahnya.
Mediacorp sudah menghubungi Suruhanjaya Perlindungan Data Peribadi dan polis untuk mendapatkan lebih banyak maklumat.

Sumber : CNA/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.