Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Polis siasat aduan paku tekan ditemui bertaburan di kaki lima Yishun

Anggaran Waktu Membaca:
Polis siasat aduan paku tekan ditemui bertaburan di kaki lima Yishun

(Gambar: Beh Chia Lor/Facebook, Jesper Lang Ya/Facebook)

SINGAPURA: Polis sedang menyiasat apa yang kelihatan seperti siri insiden di mana paku tekan ditemui bertaburan di laluan-laluan pejalan kaki di Yishun.

Ketika menjawab pertanyaan Mediacorp pada Rabu (21 Sep), polis menyatakan "aduan sudahpun dibuat dan siasatan sedang dijalankan".

Rakaman video serta gambar-gambar yang tersebar online mengenai insiden tersebut menunjukkan orang ramai mengutip paku-paku tekan dari kaki lima dan yang tersangkut di tayar sebuah basikal milik seorang penghantar makanan.

Catatan online tentang insiden tersebut mendakwa bahawa paku-paku tekan logam itu kelihatan bertaburan sejak Isnin (19 Sep).

Dalam sebuah video yang dimuat naik pada lewat Selasa (20 Sep), beberapa penghantar makanan dilihat menolak basikal mereka di laluan pejalan kaki bersebelahan jalan raya yang sibuk sementara seorang lelaki berjalan di belakang mereka untuk mengutip paku-paku tekan di kaki lima serta di kawasan rumput bersebelahannya.

Video itu kemudian menunjukkan tangan lelaki tersebut yang penuh dengan paku tekan yang dikutipnya.
Sumber : Today/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan