Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Polis siasat 44 orang langgar peraturan COVID-19 semasa perhimpunan Tahun Baru di Boon Lay

Polis sedang menyiasat 44 orang kerana didakwa melanggar peraturan jarak selamat COVID-19. Ini setelah mereka didapati berhimpun di sebuah bangunan perindustrian di Boon Lay Way pada Hari Tahun Baru.

Anggaran Waktu Membaca:
Polis siasat 44 orang langgar peraturan COVID-19 semasa perhimpunan Tahun Baru di Boon Lay

(Gambar: Mediacorp)

Diterbitkan : 02 Jan 2021 11:37PM Dikemas Kini : 02 Jan 2021 11:38PM

SINGAPURA: Polis sedang menyiasat 44 orang kerana didakwa melanggar peraturan jarak selamat COVID-19. Ini setelah mereka didapati berhimpun di sebuah bangunan perindustrian di Boon Lay Way pada Hari Tahun Baru.

Dalam satu kenyataan media pada Sabtu (2 Jan), polis menyatakan pihaknya menerima aduan mengenai perhimpunan itu pada sekitar 1.20 pagi, 1 Januari.

"Apabila pegawai polis tiba, mereka mendapati sebuah kumpulan terdiri daripada 29 lelaki dan 15 wanita, berusia antara 17 hingga 34 tahun, sedang minum arak, merokok dan bernyanyi di sebuah pejabat kosong," menurut Pasukan Polis Singapura.

Ia menambah 44 orang yang ditemui itu terdiri daripada 41 warga Singapura, seorang penduduk tetap dan masing-masing seorang rakyat Malaysia dan warga China.

"Siasatan awal mendapati 44 orang itu berhimpun untuk bergaul dan premis tersebut tidak diberi lesen menyediakan hiburan awam," menurut polis, sambil menambah bahawa siasatan masih dijalankan.

Atas kesalahan melanggar langkah jarak selamat di bawah Peraturan COVID-19 2020 (Langkah Sementara)(Arahan Kawalan), mereka boleh dipenjara sehingga enam bulan, didenda sehingga S$10,000 atau kedua-duanya.

Di bawah Akta Hiburan Awam, kesalahan menyediakan hiburan awam tanpa lesen yang sah membawa denda tidak melebihi S$20,000.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan