Polis siasat 4 remaja lambungkan papan tanda hingga terhantuk budak di Keong Saik Road
Empat remaja kini disiasat oleh pihak polis selepas satu video yang tersebar online menunjukkan seorang individu melambungkan sebuah papan tanda kuning, menyebabkan ia menghentak seorang kanak-kanak.

Petikan video yang tersebar di media sosial menunjukkan insiden di Keong Saik Road.
SINGAPURA: Empat remaja kini disiasat oleh pihak polis selepas satu video yang tersebar online menunjukkan seorang individu melambungkan sebuah papan tanda kuning, menyebabkan ia menghentak seorang kanak-kanak.
Pasukan Polis Singapura (SPF) menyatakan insiden itu berlaku di Keong Saik Road pada Isnin (8 Nov), sekitar jam 8.30 malam
Para pegawai polis kemudian terlihat dua remaja, kedua-duanya berusia 18 tahun, di stesen MRT Serangoon sekitar pukul 9.30 malam. Mereka sedang memegang papan tanda bertulis "lantai basah".
"Siasatan awal menunjukkan mereka adalah antara sekumpulan empat remaja yang mana seorang remaja lelaki di antara mereka didakwa melambungkan papan tanda ke arah seorang kanak-kanak di Keong Saik Road sekitar pukul 8.30 malam pada hari yang sama," menurut polis.
"Kumpulan itu kini disiasat atas gangguan awam dan menyalahgunakan harta benda awam secara tidak jujur."
Berdasarkan video yang tersebar di media sosial itu, seorang lelaki dilihat memegang papan tanda berkenaan sementara seorang lagi individu melambungkannya dari tangannya, menyebabkan ia menghentak seorang kanak-kanak yang berada di kaki lima.
Ibu kanak-kanak itu menjerit ke arah mereka apabila anaknya menangis.
Siasatan polis sedang dijalankan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.