Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Polis siasat 230 penipu, keldai wang susuli operasi penguatkuasaan

Seramai 230 orang sedang disiasat kerana disyaki terlibat dalam penipuan sebagai pendalang atau keldai wang, menurut polis hari ini (31 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
Polis siasat 230 penipu, keldai wang susuli operasi penguatkuasaan

Seorang pegawai polis memberkas seorang suspek. (Gambar fail: Hanidah Amin)

Diterbitkan : 31 Dec 2020 02:53PM Dikemas Kini : 31 Dec 2020 02:55PM

SINGAPURA: Seramai 230 orang sedang disiasat kerana disyaki terlibat dalam penipuan sebagai pendalang atau keldai wang, menurut polis hari ini (31 Dis).

Ini menyusuli operasi penguatkuasaan selama dua minggu yang dilancarkan antara 19 hingga 30 Disember oleh para pegawai dari Jabatan Ehwal Komersial (CAD) dan tujuh divisyen darat polis.

230 orang yang membantu siasatan polis terdiri daripada 151 lelaki dan 79 wanita yang berusia antara 16 hingga 66 tahun.

Para suspek disyaki terlibat dalam 388 kes penipuan, dengan sebahagian besar merupakan penipuan cinta Internet, penipuan e-dagang, perbuatan menyamar diri di media sosial dan juga platform perjudian palsu serta penipuan melibatkan wang pinjaman.

Para mangsa dilaporkan mengalami kerugian lebih S$2.9 juta, dedah polis.

Sesiapa yang didapati bersalah kerana menipu boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan didenda.

Jika didapati bersalah atas tuduhan pengubahan wang haram, para pesalah boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan didenda sehingga S$500,000.

Sumber : CNA/RU/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan