Polis siasat 2 wanita, dakwa mahkamah beri layanan istimewa kepada pesalah pembunuhan Orchard Towers berdasarkan kaum
Dua wanita sedang disiasat polis atas tuduhan menghina mahkamah selepas memuat naik catatan-catatan di media sosial yang mendakwa, ada layanan istimewa diberikan dalam menjatuhkan hukuman kes pembunuhan Orchard Towers.
Gambar fail Orchard Towers. (Gambar: Darius Boey)
SINGAPURA: Dua wanita sedang disiasat polis atas tuduhan menghina mahkamah selepas memuat naik catatan-catatan di media sosial yang mendakwa, ada layanan istimewa diberikan dalam menjatuhkan hukuman kes pembunuhan Orchard Towers.
Polis dalam kenyataannya pada Isnin (2 Nov) menyatakan, pihaknya mengambil tindakan atas dua arahan daripada Pejabat Peguam Negara (AGC) untuk memulakan siasatan terhadap dua wanita yang masing-masing berusia 28 dan 36 tahun itu.
"Kedua-dua individu memuat naik catatan di media sosial yang mendakwa ada layanan istimewa berdasarkan kaum, terhadap tertuduh yang terlibat dalam insiden di Orchard Towers pada 2 Jul 2019," menurut polis.
Siasatan sedang dijalankan.
Bulan lalu, AGC menyangkal dakwaan-dakwaan dibuat di media sosial bahawa mereka yang terlibat dalam kes Orchard Tower diberi layanan istimewa dalam menjatuhkan hukuman kerana bangsa mereka.
"Dakwaan layanan istimewa bagi kaum-kaum berbeza tidak berasas dan berpotensi merosakkan keharmonian kaum di Singapura, mengakibatkan perpecahan dalam masyarakat yang tidak boleh diperbaiki," tulis AGC dalam kenyataannya.
"AGC tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang melanggar undang-undang."
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.