Skip to main content

Singapura

Polis SG siasat pasangan Sepanyol tunjuk perasaan terhadap pemilik kelab Valencia Peter Lim

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Pasangan suami isteri warga Sepanyol sedang membantu dalam siasatan selepas mengadakan tunjuk perasaan di Singapura, terhadap pemilik kelab bola sepak Valencia, Peter Lim, yang juga warga Singapura.

Pasukan Polis Singapura pada Rabu (9 Okt) mengesahkan bahawa satu aduan dibuat terhadap seorang lelaki warga 34 tahun dan seorang wanita 30 tahun, kedua-duanya warga Sepanyol.

Pasport mereka sudah disita sedang siasatan dijalankan, tambah polis.

Dani Cuesta dan isterinya Mireia Saez, yang dilaporkan sedang berbulan madu, ditahan di lapangan terbang Singapura pada Jumaat (4 Okt), ketika ingin menaiki penerbangan ke Bali, dan dihalang daripada meninggalkan negara ini, kata datuk bandar Valencia Maria Jose Catala pada Selasa (8 Okt).

Cik Catala berkata beliau sudah bercakap dengan duta Sepanyol ke Singapura, yang memberitahunya bahawa "pasport pasangan itu disita disebabkan siasatan polis yang sedang dijalankan" namun mereka belum didakwa melakukan sebarang jenayah.

"Jadi mereka boleh meninggalkan hotel, mereka sedang menjalani kehidupan seperti biasa di Singapura, tetapi mereka tidak boleh meninggalkan negara itu," katanya kepada radio Sepanyol.

"LIM GO HOME"

Cuesta memuat naik gambar dirinya di media sosial, di beberapa tempat merata Singapura dengan memegang sepanduk hitam dan kuning dengan tulisan "Lim go Home", termasuk di luar kondominium Abelia di Ardmore Park, serta Esplanade dan Marina Bay.

Cuesta memuat naik gambar dirinya di X, di luar Abelia, sebuah kondominium dipercayai dimiliki Encik Lim.

Encik Lim, salah seorang hartawan di Singapura, membeli kelab Sepanyol Valencis pada 2014.

Pemilikan Valencia oleh Encik Lim menerima kritikan hebat daripada peminat Sepanyol, sejak beberapa tahun lalu, dengan sejumlah tunjuk perasaan diadakan.

Peminat Valencia mempersoalkan beberapa keputusan diambil kelab tersebut, termasuk menjual pemain terbaiknya, memecat jurulatih dan rancangan untuk membina stadium baharu.

Valencia kini berada di tangga ke-18 LaLiga.

Dalam satu kenyataan pada Selasa, Valencia menyatakan kelab itu dan Pejabat LaLiga sudah menghubungi kedutaan Sepanyol di Singapura, "yang memberi jaminan bahawa kedua-duanya dinasihati dan dibantu dalam segala perkara yang mungkin diperlukan, dengan tujuan kejadian itu diselesaikan secepat mungkin".
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita