Polis SG, Malaysia tumpas sindiket penipuan libatkan panggilan 'rakan palsu'
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Pasukan Polis Singapura
SINGAPURA: Pasukan Polis Singapura (SPF) dan Polis Diraja Malaysia berjaya menumpaskan sindiket, yang dipercayai melibatkan kes penipuan panggilan "rakan palsu" yang menyasarkan warga Singapura.
SPF dalam satu kenyataan media pada Selasa (23 Jan) menyatakan bahawa polis Malaysia menyerbu dua apartmen di Johor pada 16 Januari dan memberkas lima lelaki warga Malaysia berusia dalam lingkungan 19 dengan 36 tahun.
Siasatan awal mendedahkan sindiket tersebut memulakan operasi kes penipuan mereka pada Jun lalu dan dipercayai bertanggungjawab ke atas lebih 500 laporan polis yang dibuat, dengan jumlah keseluruhan kerugian dicatat lebih S$1.4 juta.
Lima lelaki tersebut dihantar ke Singapura pada Selasa (23 Jan) dan akan didakwa kerana berkomplot untuk menipu pada Rabu (24 Jan).
Jika didapati bersalah, mereka boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan didenda.
Dari Januari sehingga November 2023, lebih 6,300 orang menjadi mangsa kes penipuan panggilan "rakan palsu", dengan jumlah kerugian mencecah sekurang-kurangnya S$21.1 juta.
SPF dan polis Malaysia bekerjasama dan berkongsi maklumat mengenai kes penipuan tersebut.
Encik David Chew, pengarah Jabatan Ehwal Komersial (CAD), malah, menyampaikan ucapan terima kasih kepada polis Johor "atas komitmen dan sokongan kukuh mereka dalam menangani sindiket jenayah rentas sempadan".
"Pasukan Polis Singapura bekerja rapat dengan Polis Diraja Malaysia untuk mengesan dan menumpaskan sindiket kes penipuan rentas sempadan ini, yang menjadikan warga kami sebagai mangsa," katanya.
"Kami akan terus mengambil tindakan tegas terhadap individu-individu yang meneruskan kes penipuan secara online bahkan jika mereka berpangkalan di luar negara."
Kes penipuan "rakan palsu" sedemikian biasanya melibatkan penipu untuk menghubungi mangsa menerusi kiriman teks atau panggilan telefon, dengan menyamar sebagai seseorang yang dikenali, dan kemudian meminta bantuan kewangan.
SPF mengingatkan orang awam mengenai ancaman tersebut yang timbul daripada kes penipuan sedemikian dan supaya bersikap waspada terhadap panggilan sebegitu.
Untuk mengelak daripada menjadi mangsa kepada kes penipuan sedemikian, polis menasihatkan orang awam supaya mengambil langkah seperti menggunakan aplikasi ScamShield, menetapkan had urus niaga bagi perbankan internet dan membenarkan pengesahan dua faktor bagi urus niaga bank.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.