Polis SG & Malaysia pertingkat kerjasama banteras jenayah rentas sempadan
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Pasukan Polis Singapura (SPF) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berikrar untuk meningkatkan kerjasama bagi memerangi jenayah rentas sempadan.
Polis Malaysia menambah, berganding bahu dengan rakan-rakan luar negara adalah satu-satunya langkah ke hadapan, terutamanya dengan aliran rentas sempadan yang semakin sibuk antara kedua-dua negara pada tahun-tahun mendatang.
Para pegawai kanan kedua-dua pihak menekankan demikian dalam sidang media bersama di Johor Bahru pada Selasa (9 Jul).
Ia diadakan seminggu selepas operasi bersama yang dilakukan bagi membanteras sindiket judi haram online.
Pasukan Polis Singapura (SPF) minggu lalu menyatakan, 43 individu ditangkap dalam operasi bersama itu,
termasuk empat rakyat Singapura yang ditangkap di Johor.
Wang tunai, barang kemas, jam-jam tangan mewah dan lebih 40 akaun bank yang mempunyai wang hampir S$4 juta, juga disita.
Selain itu, arahan melarang penjualan tujuh hartanah bernilai lebih S$10.7 juta dikeluarkan.
Sekurang-kurangnya 9 individu didakwa di Singapura atas tuduhan terbabit dalam kegiatan judi secara haram, manakala bakinya masih disiasat.
"Hasil daripada perkongsian maklumat yang dikongsikan oleh pihak berkuasa Singapura, maka kita juga melancarkan satu operasi pada 1 Julai tersebut dan membawa kepada tangkapan seramai enam orang. Ini adalah manifestasi satu hubungan kerja yang baik dan satu-satunya jalan ke hadapan berkenaan jenayah siber," kata Mohd Shuhaily Mohd Zain, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Malaysia.
"Jenayah semakin menjadi rentas negara, ia boleh berlaku merentasi sempadan. Tetapi pasukan polis juga bersatu, dan kami akan bekerjasama, menyasarkan sebilangan sindiket dan penjenayah yang fikir mereka boleh bersembunyi di luar sempadan negara. Mereka perlu berfikir dua kali, kerana kami akan kejar mereka, kami akan cari mereka, kami akan tangkap dan dakwa mereka," kata Zhang Weihan, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (CID).

Sumber : CNA/NY/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.