Skip to main content

Singapura

Polis SG, Hong Kong & Korea Selatan berkas 272 suspek dalam operasi bersama banteras pornografi kanak-kanak

Anggaran Waktu Membaca:
Polis SG, Hong Kong & Korea Selatan berkas 272 suspek dalam operasi bersama banteras pornografi kanak-kanak

Para pegawai daripada Pasukan Polis Singapura (SPF) dan Agensi Polis Nasional Korea menjalankan operasi penguatkuasaan selama lima minggu antara 26 Feb 2024 dan 29 Mac 2024. (Gambar: SPF, KNPA)

Diterbitkan : 05 Apr 2024 11:50PM Dikemas Kini : 05 Apr 2024 11:54PM
SINGAPURA: Polis di Singapura, Hong Kong dan Korea Selatan telah memberkas 272 individu dalam operasi bersama yang menyasarkan pornografi kanak-kanak dan eksploitasi seksual.

Para suspek berusia antara 12 dengan 73 tahun diberkas dalam operasi selama lima minggu dari 26 Feb hingga 29 Mac, dengan pihak berkuasa menyerbu sebanyak 236 lokasi.

Di Singapura, 28 individu diberkas atas pelbagai kesalahan seperti mengedarkan bahan penganiayaan kanak-kanak, komunikasi bersifat seksual dengan kanak-kanak bawah umur dan penjualan bahan lucah.

Para suspek berusia antara 18 hingga 59 tahun, menurut Pasukan Polis Singapura (SPF) dalam satu kenyataan media pada Jumaat (5 Apr).

“Antara yang diberkas adalah seorang penjual dan tujuh pembelinya yang membeli bahan-bahan penderaan kanak-kanak di Singapura,” tambah SPF.

"Siasatan awal mendapati sesetengah lelaki itu memperolehi bahan penganiayaan kanak-kanak menerusi platform pemesejan."

Berpuluh-puluh peranti elektronik dirampas di 44 lokasi merata Singapura. Ini termasuk 50 buah komputer, 39 telefon bimbit dan 91 peranti penyimpanan, menurut SPF.
Related article image
Pegawai daripada Pasukan Polis Singapura menjalankan operasi penguatkuasaan antara 26 Feb 2024 dan 29 Mac 2024. (Gambar: SPF)
Related article image
Pegawai daripada Pasukan Polis Singapura menjalankan operasi penguatkuasaan antara 26 Feb 2024 dan 29 Mac 2024. (Gambar: SPF)
Sembilan daripada mereka yang diberkas telahpun dirujuk kepada Skim Bantuan dan Rujukan Masyarakat Pasukan Home Team (HT CARES), di mana pekerja sosial akan menilai sama ada sebarang campur tangan sosial seperti kaunseling, bantuan kesihatan mental dan sokongan kewangan diperlukan.

Skim tersebut diperkenalkan untuk membantu mengenal pasti isu-isu yang menyebabkan pesalah terjerumus ke dalam kegiatan jenayah dan merujuk mereka kepada agensi-agensi tertentu bagi mendapatkan bantuan sekiranya diperlukan.

Lagi 16 individu, berusia antara 22 hingga 70 tahun, sedang membantu siasatan polis.
Related article image
Pegawai daripada Agensi Polis Nasional Korea menjalankan operasi penguatkuasaan antara 26 Feb 2024 dan 29 Mac 2024. (Gambar: KNPA)
Di Hong Kong, seramai 13 lelaki diberkas, dengan para pegawai polis berjaya merampas 972 video dan gambar pornografi, yang menampilkan kanak-kanak.

"Jenayah terhadap kanak-kanak tidak boleh dibiarkan begitu sahaja," tegas Penolong Pesuruhjaya Yeo Yee Chuan, Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (CID).

“Percambahan internet, serta perkembangan pesat teknologi lain, telah membolehkan pengedaran bahan penderaan kanak-kanak dengan pantas, meluas dan tanpa identiti di seluruh dunia,” tambahnya.

"Adalah penting untuk agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang terus mengambil tindakan penguatkuasaan yang tegas dan bersasar terhadap aktiviti eksploitasi seksual kanak-kanak online, termasuk pemilikan dan pengedaran bahan penderaan kanak-kanak."
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita