Skip to main content

Singapura

Polis serbu 4 KTV tanpa lesen, siasat 42 orang disyaki langgar peraturan COVID-19

Polis menyerbu empat tempat berkonsep KTV yang tidak berlesen semasa satu operasi di merata negara dan menyiasat 42 orang yang ditemui di premis-premis tersebut kerana didakwa melanggar peraturan COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Polis serbu 4 KTV tanpa lesen, siasat 42 orang disyaki langgar peraturan COVID-19

Salah satu tempat tanpa lesen berkonsepkan KTV yang diserbu polis pada Ogos 2021 (Gambar: SPF)

Diterbitkan : 10 Aug 2021 09:43PM Dikemas Kini : 10 Aug 2021 09:45PM

SINGAPURA: Polis menyerbu empat tempat berkonsep KTV yang tidak berlesen semasa satu operasi di merata negara dan menyiasat 42 orang yang ditemui di premis-premis tersebut kerana didakwa melanggar peraturan COVID-19.

Dalam satu kenyataan media pada Selasa (10 Ogos), Pasukan Polis Singapura (SPF) menyatakan pihaknya melakukan pemeriksaan penguatkuasaan ke atas 92 tempat urut dan 23 pusat hiburan awam antara 2 Ogos hingga 8 Ogos.

Seramai 88 orang sedang disiasat polis.

Empat tempat tanpa lesen berkonsepkan KTV, yang terletak di Ubi Avenue 3, Kaki Bukit Road 1, Lorong 8 Toa Payoh dan Desker Road, diserbu.

Empat lelaki dan seorang wanita, berusia 18 hingga 31 tahun, juga disiasat kerana disyaki terlibat dalam menguruskan tempat hiburan awam tanpa lesen itu, kata polis.

TEMPAT URUT DIGANTUNG OPERASI

Sebanyak 24 rumah urut juga disyaki melakukan pelbagai pelanggaran di bawah Akta Rumah Urut dan Peraturan COVID-19 (Tindakan Sementara) (Perintah Kawalan) 2020.

"Pegawai polis menemui tukang urut dan pelanggan yang dikatakan tidak memakai pelitup semasa menyediakan khidmat urut di empat premis ini," kata SPF.


Perintah penutupan 10 hari dan denda S$1,000 dikenakan terhadap rumah urut itu. Setiap pelanggan juga akan dikenakan denda S$300 kerana melanggar langkah-langkah pengurusan selamat.

Siasatan polis terhadap 46 orang, termasuk peniaga, tukang urut dan pelanggan, sedang dijalankan.

Kesalahan menyediakan khidmat urut tanpa lesen yang sah membawa denda S$10,000, hukuman penjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya.

Pesalah berulang boleh didenda hingga S$20,000, dipenjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya.

Atas kesalahan tidak mematuhi langkah jarak selamat di bawah Peraturan COVID-19 (Tindakan Sementara) (Perintah Kawalan) 2020, pesalah boleh dipenjara hingga enam bulan, didenda hingga S$10,000, atau kedua-duanya.

Kesalahan menyediakan hiburan awam dan membekalkan minuman keras tanpa lesen sah masing-masing membawa denda hingga S$20,000.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita