Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Polis serbu 17 kedai telefon bimbit, siasat kad SIM berdaftar atas nama pengguna palsu

Polis memberkas 10 orang pada Ahad (16 Jan) kerana disyaki melakukan penipuan mendaftarkan kad-kad SIM prabayar yang mungkin digunakan untuk jenayah seperti penipuan, tailong dan maksiat.

Anggaran Waktu Membaca:
Polis serbu 17 kedai telefon bimbit, siasat kad SIM berdaftar atas nama pengguna palsu

Seorang pegawai polis menyoal seorang penolong kedai di sebuah kedai telefon bimbit pada 16 Jan 2022. (Gambar: Chew Hui Min/CNA)

SINGAPURA: Polis memberkas 10 orang pada Ahad (16 Jan) kerana disyaki melakukan penipuan mendaftarkan kad-kad SIM prabayar yang mungkin digunakan untuk jenayah seperti penipuan, tailong dan maksiat.

Mereka ditangkap selepas serbuan dijalankan ke atas 17 kedai telefon bimbit dalam satu operasi selama sembilan jam oleh Jabatan Ehwal Komersil (CAD) di seluruh negara.

Kedai-kedai itu terletak di Orchard, Geylang, Serangoon, Pasir Ris, Jurong West, Yishun, Woodlands, Boon Lay, Desker Road, Syed Alwi Road dan Rochor Canal Road.

Wartawan berada di empat kedai yang diserbu polis di sebuah pusat beli-belah di Geylang Road.

Para pegawai polis dilihat menggeledah kedai-kedai itu, memeriksa kad SIM dan menyoal pengendali kedai dengan ada di antara mereka meninggalkan premis bersama polis untuk disoal siasat lanjut.

Kesemua sekali, sembilan lelaki dan seorang wanita berumur antara 31 dengan 56 tahun ditangkap dalam serbuan yang dijalankan di seluruh negara itu.

Mereka disyaki melakukan penipuan dengan mendaftarkan kad-kad SIM prabayar menggunakan butiran pelanggan atau warga asing, yang tidak mengesyaki bahawa identiti mereka disalahgunakan, yang belum memasuki Singapura ataupun sudah meninggalkan negara ini, menurut polis.

"Siasatan mendedahkan peruncit telefon bimbit ini menyalahgunakan sistem komputer yang menyimpan maklumat pendaftaran bagi kad SIM prabayar."

Peruncit dikatakan mendaftarkan terlebih dahulu kad SIM menggunakan maklumat orang lain dan menjualnya kepada pelanggan yang mahu kekal tidak dikenali.

Polis menyatakan para penjenayah menggunakan kad SIM prabayar seumpama itu untuk kegiatan tailong, penipuan dan maksiat, antara aktiviti haram lain.

"Misalnya, sindiket penipuan didapati menjalankan kegiatan jenayahnya dengan menggunkan kad SIM prabayar sedemikian untuk menghubungi mangsa dan dalam kalangan mereka, untuk mengelak daripada kemungkinan dikesan," menurut polis.

Lagi 15 lelaki dan sembilan wanita, berumur antara 24 dengan 68 tahun, sedang membantu siasatan.

handphone shop raid
Gambar: SPF


Komputer riba, telefon bimbit, invois, salinan pasport, kad SIM, mesin pencetak dan dokumen relevant dirampas semasa operasi tersebut.

Kesalahan mengubah suai tanpa kebenaran bahan komputer di bawah Akta Penyalahgunaan Komputer Seksyen 5(1) membawa hukuman denda sehingga S$10,000 atau dipenjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

"Dalam operasi di seluruh negara ini, polis menjalankan serbuan secara serentak menyasarkan kedai telefon bimbit yang ingkar kerana melakukan penipuan dengan mendaftarkan kad SIM prabayar, yang dijual kepada pelanggan yang mahu kekal tidak dikenali," kata Penolong Superintenden Simon Lam yang turut terlibat dalam serbuan tersebut.

"Peruncit telefon bimbit ini secara tidak langsung membantu dalam sindiket penipuan dengan menyalahgunkan kad SIM prabayar tanpa nama ini untuk mengelak daripada dikesan. Polis akan melakukan semua yang perlu untuk
mengekang peniaga kedai telefon bimbit yang ingkar seumpama itu dan memastikan mereka yang terlibat dalam kegiatan haram ini akan ditangani mengikut undang-undang."

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan