Skip to main content

Singapura

Polis sahkan Puteri Nur Angellina Muhammad Saiful sudah ditemui

Pasukan Polis Singapura (SPF) meminta bantuan orang ramai untuk tampil memberi maklumat mengenai keberadaan Puteri Nur Angellina Binte Muhammad Saiful, 16 tahun.

Anggaran Waktu Membaca:
Polis sahkan Puteri Nur Angellina Muhammad Saiful sudah ditemui

(Gambar: SPF)

Diterbitkan : 17 Jan 2025 06:20PM Dikemas Kini : 20 Jan 2025 10:34PM

SINGAPURA: Pasukan Polis Singapura (SPF) memaklumkan pada Isnin (20 Jan) bahawa Puteri Nur Angellina Muhammad Saiful sudahpun ditemui.

Ini menyusuli rayuan pihak polis sebelum ini, yang meminta bantuan orang ramai untuk tampil memberi maklumat mengenai keberadaan remaja berusia 16 tahun itu.

Menurut kenyataan polis pada Jumaat (17 Jan), remaja itu kali terakhir dilihat di Blok 782D Woodlands Crescent pada 15 Januari 2024 pada kira-kira pukul 6.00 pagi.

Sesiapa yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Talian Polis di 1800-255-0000 atau menyerahkan maklumat online di www.police.gov.sg/iwitness.

Semua maklumat akan dirahsiakan.

Sumber : BERITA Mediacorp/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita