Polis rayu waris Latifah Bakar tampil tuntut jenazah
Pasukan Polis Singapura (SPF) sedang mencari waris Allahyarhamah Latifah Bakar, 85 tahun, yang meninggal dunia pada 21 Jun.
SINGAPURA: Pasukan Polis Singapura (SPF) sedang mencari waris Allahyarhamah Latifah Bakar, 85 tahun, yang meninggal dunia pada 21 Jun.
Menurut kenyataan media SPF hari ini (9 Jul), Allahyarhamah adalah bekas penghuni Rumah Tumpangan Warga Tua Bukit Batok di 11 Bukit Batok West Avenue 2.
Allahyarhamah meninggal dunia di Hospital Besar Ng Teng Fong pada 21 Jun 2020.
"Waris dekat atau sesiapa yang mempunyai maklumat diminta menghubungi hotline Polis di talian 1800-255-0000 atau menyerahkannya secara online di www.police.gov.sg/iwitness," menurut polis.
Semua maklumat yang diterima akan dirahsiakan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.