Polis rayu waris Ahmad Omar tampil tuntut jenazah
Allahyarham Ahmad Omar bekas penduduk Senja Road meninggal dunia pada 14 Dis.

Allahyarham Ahmad bin Omar (Gambar: SPF)
Terkini: SPF memaklumkan pada 29 Disember bahawa waris Allahyarham Ahmad bin Omar sudah dikenal pasti.
SINGAPURA: Pasukan Polis Singapura (SPF) memohon maklumat bagi mencari waris Allahyarham Ahmad bin Omar, 68 tahun.
Menurut pihak polis pada Isnin (27 Dis), Allahyarham, yang dahulu tinggal di Blk 634B Senja Road, meninggal dunia pada 14 Disember 2021.
Warisnya diminta tampil untuk menuntut jenazah Allahyarham.
Sesiapa yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Polis di talian 1800 255 0000 atau menyerahkan maklumat secara online di www.police.gov.sg/iwitness.
Semua maklumat yang diterima akan dirahsiakan, tambah SPF.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.