Polis rayu maklumat mengenai remaja 12 tahun
Polis merayu maklumat mengenai seorang remaja lelaki berusia 12 tahun yang dilaporkan hilang hampir seminggu.

(Gambar: SPF)
SINGAPURA: Polis merayu maklumat mengenai seorang remaja lelaki berusia 12 tahun yang dilaporkan hilang hampir seminggu.
Muhammad Syaznie Muhammed Zaini kali terakhir dilihat di Ang Mo Kio Avenue 3 pada 3 Disember 2021 sekitar pukul 1.30 petang, menurut polis pada Khamis (9 Dis).
Sesiapa yang mempunyai maklumat tentang keberadaan remaja ini diminta menghubungi talian 999 atau menyerahkan maklumat secara online di laman www.police.gov.sg/iwitness.
Semua maklumat akan dirahsiakan, tambah SPF.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.