Polis rayu maklumat cari Rosniza Roslani, hilang sejak 3 hari lalu
Rosniza Roslani kali terakhir dilihat pada 4 Sep 2022 (Gambar: Pasukan Polis Singapura)
Terkini: SPF memaklumkan hari ini (8 Sep) bahawa Rosniza Roslani sudah dijumpai.
SINGAPURA: Pasukan Polis Singapura (SPF) memohon maklumat mengenai seorang remaja perempuan berusia 13 tahun yang dilaporkan hilang sejak tiga hari lalu.
Menurut kenyataan polis pada Rabu (7 Sep), Rosniza Roslani kali terakhir dilihat di sekitar Blok 325 Woodlands Street 32 sekitar pukul 1.45 tengah hari Ahad (4 Sep).
Sesiapa yang mempunyai maklumat tentang keberadaan remaja itu diminta menghubungi polis di talian hotline 1800-255-0000 atau menyerahkan maklumat secara online di laman www.police.gov.sg/iWitness.
Semua maklumat yang diterima akan dirahsiakan, tambah SPF.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.