Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Polis rayu maklumat cari remaja 14 tahun, kali terakhir dilihat di Rivervale Crescent

Pasukan Polis Singapura (SPF) merayu bantuan orang ramai untuk tampil memberi maklumat mengenai seorang remaja berusia 14 tahun.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Pasukan Polis Singapura (SPF) merayu bantuan orang ramai untuk tampil memberi maklumat mengenai seorang remaja berusia 14 tahun.

Menurut kenyataan SPF hari ini (1 Mac), Muhammad Syakir Mirza Zulkharnain kali terakhir dilihat di sekitar kawasan Blok 158D Rivervale Crescent, kira-kira pukul 6.00 petang pada 28 Februari 2023.

Sesiapa yang mempunyai maklumat tentang keberadaan remaja itu diminta supaya menghubungi polis di talian 1800-255-0000 atau menyerahkan maklumat secara online di laman www.police.gov.sg/iwitness.

Semua maklumat yang diterima akan dirahsiakan, tambah SPF.

Sumber : BERITA Mediacorp/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan