Polis rayu maklumat cari Mohammad Yusop Abdul Karim
Polis merayu maklumat mengenai seorang warga emas berumur 80 tahun yang dilaporkan hilang.

(Gambar: SPF)
Terkini: SPF memaklumkan hari ini (4 Feb) bahawa Mohammad Yusop Abdul Karim sudah dijumpai.
SINGAPURA: Polis merayu maklumat mengenai seorang warga emas berumur 80 tahun yang dilaporkan hilang.
Encik Mohammad Yusop Abdul Karim kali terakhir dilihat di Blok 223A Serangoon Avenue 4 pada Rabu (2 Feb).
Sesiapa yang mempunyai maklumat tentang keberadaan warga emas ini diminta menghubungi talian polis di 1800-255-0000 atau menyerahkan maklumat secara online di laman www.police.gov.sg/iWitness.
Semua maklumat akan dirahsiakan, tambah SPF.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.