Polis rayu maklumat cari Hashim Ahmad
(Gambar: SPF)
Terkini: SPF memaklumkan hari ini (23 Ogos) bahawa Hashim Ahmad sudah dijumpai.
SINGAPURA: Pasukan Polis Singapura (SPF) memohon maklumat mengenai seorang warga emas berusia 69 tahun yang dilaporkan hilang.
Menurut kenyataan polis pada Sabtu (20 Ogos), Encik Hashim Ahmad kali terakhir dilihat di sekitar Blok 116 Ang Mo Kio Avenue 4.
Sesiapa yang mempunyai maklumat tentang keberadaan warga emas ini diminta menghubungi polis di talian 1800-255-0000 atau menyerahkan maklumat secara online di laman www.police.gov.sg/iWitness.
Semua maklumat yang diterima akan dirahsiakan, tambah SPF.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.