Skip to main content

Singapura

Polis rayu maklumat cari bekas pengetua pusat tuisyen terbabit skim penipuan peperiksaan GCE O

Polis pada Khamis (26 Jan) merayu maklumat mengenai  keberadaan seorang bekas pengetua pusat tuisyen yang disabitkan kesalahan  membantu pelajarnya menipu dalam peperiksaan GCE peringkat 'O'. 

Anggaran Waktu Membaca:
Polis rayu maklumat cari bekas pengetua pusat tuisyen terbabit skim penipuan peperiksaan GCE O

Bekas pengetua Zeus Education Centre Poh Yuan Nie. (Gambar: TODAY)

SINGAPURA: Polis pada Khamis (26 Jan) merayu maklumat mengenai  keberadaan seorang bekas pengetua pusat tuisyen yang disabitkan kesalahan  membantu pelajarnya menipu dalam peperiksaan GCE peringkat 'O'. 

Poh Yuan Nie, 57 tahun, dihukum penjara empat tahun pada 2020.

Pada September 2022, dia diarah  menyerah diri untuk menjalani hukuman penjara,  namun Poh tidak berbuat demikian.

"Waran tangkap dan notis merah Interpol dikeluarkan terhadapnya," kata polis dalam satu kenyataan media.

"Sesiapa yang mempunyai maklumat diminta  hubungi talian hotline polis di 1800-255-0000 atau menyerahkan maklumat secara online."

Semua maklumat akan dirahsiakan, menurut polis. Ia juga mengingatkan orang ramai bahawa memberi perlindungan kepada orang buruan adalah satu kesalahan serius yang boleh dikenakan hukuman penjara dan denda.

Poh, yang disyaki sudah meninggalkan Singapura, terbabit dalam kes penipuan bersama dua lagi tertuduh - Guru tuisyen Fiona Poh Min, yang dikenakan hukuman penjara tiga tahun dan Feng Riwen, yang dihukum penjara dua tahun dan empat bulan.

Ketiga-tiga individu itu bekerja di Zeus Education Centre yang tidak lagi beroperasi, ketika  menjalankan skim penipuan bagi tiga kertas peperiksaan pada Oktober 2016.

Poh disifatkan  pihak pendakwa sebagai dalang skim itu.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita