Polis rayu maklumat budak lelaki 13 tahun; hilang lebih 2 hari
Polis memohon maklumat mengenai keberadaan seorang budak lelaki berusia 13 tahun yang dilaporkan hilang sejak Jumaat (24 Sep) malam.
Brian Tan Zhi Yong kali terakhir dilihat di Sturdee Road pada 24 Sep. (Gambar: SPF)
SINGAPURA: Polis memohon maklumat mengenai keberadaan seorang budak lelaki berusia 13 tahun yang dilaporkan hilang sejak Jumaat (24 Sep) malam.
Brian Tan Zhi Yong kali terakhir dilihat dengan basikalnya di Sturdee Road di Farrer Park pada sekitar 8.00 malam pada Jumaat, menurut Pasukan Polis Singapura (SPF) dalam satu kenyataan media pada lewat malam semalam (26 Sep).
Sesiapa yang mempunyai maklumat tentang budak lelaki itu diminta menelefon polis di talian 1800-255-0000 atau menyerahkan maklumat secara online di www.police.gov.sg/iwitness.
Semua maklumat yang diterima akan dirahsiakan, menurut kenyataan media polis.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.