Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Polis pertingkat langkah keselamatan semasa lawatan Pope Francis termasuk penutupan jalan, zon udara terhad

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 09 Sep 2024 10:11PM Dikemas Kini : 09 Sep 2024 10:31PM
SINGAPURA: Pasukan Polis Singapura (SPF) akan meningkatkan langkah keselamatan semasa lawatan Pope Francis ke sini yang bermula Rabu (11 Sep) hingga Jumaat ini.

Ini termasuk mengerahkan pegawai polis untuk memastikan keselamatan tempat-tempat yang bakal dikunjungi Pope semasa berada di Singapura.

Beberapa jalan raya bakal ditutup di sekitar negara, dan orang ramai harus jangkakan kesesakan lalu lintas.

Mereka juga dinasihatkan supaya menggunakan pengangkutan awam ke tempat-tempat tersebut, kerana hanya kenderaan yang dibenarkan sahaja boleh masuk ke tempat-tempat sedemikian.

Mulai Rabu malam hingga Khamis malam, jalan-jalan di sekitar Pusat Kebudayaan Universiti akan ditutup kepada pemandu iaitu Kent Ridge Crescent, Engineering Drive 1, Conservatory Drive dan Estate Office Drive.

Bagi memudahkan upacara sambutan Pope Francis di Bangunan Parlimen, Parliament Place berhampiran Padang akan ditutup kepada orang ramai dari 7.30 pagi hingga 12 tengah hari pada hari Khamis.

Zon udara terhad dengan radius satu kilometer juga akan ditubuhkan buat sementara di atas UCC dan Hab Sukan Singapura pada hari Khamis, bagi melarang aktiviti dron atau pesawat lain.
Sumber : CNA/IA/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan