Skip to main content

Singapura

Polis Pengawal Pantai lancar simulator latihan generasi ketiga

Sebuah simulator baru yang berupaya memberikan latihan lebih realistik kini digunakan oleh Polis Pengawal Pantai (PCG).

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 27 Sep 2020 07:19PM Dikemas Kini : 27 Sep 2020 08:56PM

SINGAPURA: Sebuah simulator baru yang berupaya memberikan latihan lebih realistik kini digunakan oleh Polis Pengawal Pantai (PCG).

Menerusi simulator itu para pegawai boleh merasakan pengalaman mengejar dengan kelajuan tinggi seolah-olah mereka menaiki sebuah bot terkini.

Simulator generasi ketiga itu juga dilengkapi dengan alat yang membolehkan para jurulatih menganalisa tumpuan pandangan para pegawai semasa menjalani latihan tersebut.

Ada empat simulator seperti itu yang dicipta khas bagi menyerupai Bot Rondaan Pencegahan dengan kelajuan tinggi dan bot pemintas dengan kelajuan melebihi 90 kilometer sejam.

Kesemuanya ini dibangunkan oleh polis dan Agensi Pasukan Home Team bagi Sains dan Teknologi.

Selain mempelajari cara-cara mengendalikan bot, para pegawai juga dilatih untuk mengenalpasti sasaran.

Para jurulatih menyediakan dan mengawal senario serta situasi latihan.

Sesi-sesi latihan pula dirakam dan dimainkan kemudiannya bagi penilaian yang teliti.

Cermin mata yang dipakai juga membolehkan para jurulatih mengetahui apa yang dilihat pelatih semasa sesi latihan berlangsung.

Maklumat yang diterima membantu para jurulatih untuk memberikan maklum balas mereka.

PCG menyatakan dengan simulator ini, penggunaan tenaga jurulatih dikurangkan.

Begitu juga dengan sesi latihan di perairan dan keselamatan mereka yang terlibat, terjaga.

Skuadron Petugas Khas telahpun menggunakan simulator ini.

Menjelang tahun depan PCG merancang untuk menggunakan kaedah yang sama bagi semua pegawai barisan hadapan.  

Sumber : CNA/UR/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita