Skip to main content

Singapura

Polis: Pemandu pandu laju sebelum rempuh rumah kedai Tanjong Pagar

Kebakaran kereta di Tanjong Pagar Road pada awal pagi tadi (13 Feb), yang mengakibatkan lima orang maut, berlaku kerana pemandu kereta berkenaan memecut di jalan raya. Kereta itu kemudian merempuh sebuah rumah kedai di Tanjong Pagar.

Anggaran Waktu Membaca:
Polis: Pemandu pandu laju sebelum rempuh rumah kedai Tanjong Pagar

(Gambar: Facebook/Song Seng Wun)

Diterbitkan : 13 Feb 2021 03:59PM Dikemas Kini : 13 Feb 2021 04:05PM

SINGAPURA: Kebakaran kereta di Tanjong Pagar Road pada awal pagi tadi (13 Feb), yang mengakibatkan lima orang maut, berlaku kerana pemandu kereta berkenaan memecut di jalan raya. Kereta itu kemudian merempuh sebuah rumah kedai di Tanjong Pagar.

Demikian dedah Pasukan Polis Singapura (SPF) mengenai hasil siasatan awalnya.

SPF menyatakan pada pukul 5.41 pagi, ia dimaklumkan tentang satu kemalangan melibatkan sebuah kereta di jalan raya berkenaan.

"Siasatan awal mendapati bahawa kereta itu yang dipandu oleh seorang pemandu lelaki berusia 29 tahun bersama empat lagi penumpang, dipercayai memecut di lokasi berkenaan sebelum merempuh sebuah rumah kedai lalu terbakar," menurut polis dalam kenyataannya itu.

Related article image

(Gambar: Facebook/Song Seng Wun)

"Seorang wanita berusia 26 tahun, yang dipercayai saling mengenali pemandu berkenaan, cuba membantu pemandu dan para penumpang selepas kemalangan itu berlaku."

Wanita itu mengalami kelecuran teruk pada badannya dan dibawa ke Hospital Besar Singapura (SGH) dalam keadaan sedar.

Para penumpang dan pemandu kereta itu, berusia antara 26 dengan 29 tahun, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh anggota paramedik.

Polis masih menjalankan siasatan.

Related article image

(Gambar: Facebook/Song Seng Wun)

Pasukan Pertahanan Awam Singapura sebelum ini menyatakan bahawa ia dikerahkan ke tempat kejadian pada waktu yang sama dan memadamkan api menggunakan tiga jet air dan satu pek buih udara padat.

Pada sekitar 7.30 pagi, Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) mengumumkan penutupan jalan di Tanjong Pagar Road (menghala Murray Street) selepas Maxwell Road.

SBS Transit turut menyatakan perkhidmatan bas 80 dan 145 dilencongkan dari Tanjong Pagar Road (menghala ke Hoe Chiang Road), dengan tiada khidmat di 10 perhentian bas, "ekoran satu kemalangan".  

Sumber : Today/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita