Polis pecah masuk flat Lengkok Bahru selepas penghuninya dinilai 'membahayakan diri sendiri'
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 59 tahun diberkas pada Rabu (17 April) selepas dia mengurung diri dalam sebauh flat di Lengkok Bahru, yang mendorong para pegawai polis - yang bimbang dia mungkin meletakkan dirinya dalam bahaya - untuk memecah masuk ke dalam unit berkenaan.
Semasa menjawab pertanyaan Mediacorp pada Jumaat, Pasukan Polis Singapura (SPF) menyatakan lelaki tesebut diberkas di bawah Seksyen 7(1) Akta Kesihatan Mental (Jagaan dan Rawatan) 2008 (MHCTA), yang menyediakan kemasukan, penahanan, penjagaan dan rawatan bagi individu yang mengalami gangguan mental di institusi psikiatri yang ditetapkan.
Lelaki tersebut juga sedang disiasat oleh Biro Narkotik Pusat (CNB) bagi kesalahan berkaitan dadah.
Pindaan pada Akta tersebut diluluskan Parlimen pada 2 Apr, yang memberi kuasa kepada para pegawai polis untuk memberkas individu yang mengalami gangguan mental, sekiranya para pegawai mempunyai "kepercayaan munasabah" bahawa bahaya kepada individu tersebut atau orang di sekelilingnya "berkemungkinan besar akan berlaku".
Pindaan tersebut juga memberi para pegawai polis kuasa untuk mencari dan menahan suspek yang diberkas, sama seperti apa yang dilakukan ke atas suspek kes jenayah.
Dalam responsnya kepada Mediacorp, SPF menyatakan pihaknya menerima panggilan meminta bantuan di Blok 57 Lengkok Bahru pada pukul 7.50 pagi Rabu (17 Apr).
"Apabila para pegawai polis tiba di tempat kejadian,mereka mendapati seorang lelaki berusia 59 tahun telah mengurung dirinya dalam unit kediamannya. Memandangkan lelaki itu mungkin mendatangkan bahaya pada dirinya, para pegawai daripada Markas Operasi Khas (SOC), Unit Perundingan Krisis (CNU) dan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) memberikan respons kepada kejadian itu," menurut polis.
Para peegawai berjaya memasuki unit berkenaan pada pukul 10.50 pagi. Tiada sebarang kecederaan dilaporkan.
Dalam video yang dimuat naik ke wadah TikTok oleh pengguna "zailia7276" pada Khamis (18 Apr), beberapa anggota polis yang memakai jaket perisai berwarna hitam dan membawa senapang dilihat berdiri di luar unit tersebut.
Dua lagi pegawai kemudian menggunakan gergaji elektrik untuk memecah masuk pintu pagar utama unit.
Beberapa anggota polis yang dilengkapi dengan perisai kemudian terus memasuki unit tersebut selepas pintu pagar dibuka.

Sumber : Today/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.