Skip to main content

Singapura

Polis patahkan penipuan libatkan S$500,000

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 17 Dec 2021 05:54PM Dikemas Kini : 17 Dec 2021 11:48PM

SINGAPURA: Satu percubaan penipuan melibatkan wang berjumlah S$500,000 dileburkan oleh polis selepas ia dimaklumkan tentang satu urus niaga mencurigakan oleh sebuah firma perdagangan aset digital.

Pada 28 Oktober, seorang kakitangan syarikat QCP Capital memberi maklumat kepada pihak polis mengenai sebuah kes disyaki penipuan.

Para pegawai daripada Pusat Antipenipuan kemudian mengenal pasti wanita berumur 59 tahun sudah diperdaya untuk memberikan maklumat peribadi serta maklumat akaun banknya, menurut polis dalam kenyataan media pada Jumaat (17 Dis).

Siasatan mendedahkan bahawa pada 22 Oktober, mangsa menerima panggilan telefon daripada sebuah mesin suara automatik.

Penipu mendakwa dia daripada Mahkamah Tinggi dan kemudian memberitahu mangsa beliau terlibat dalam satu kes pengubahan wang haram.

Apabila mangsa menafikan bahawa beliau mengenali individu yang menuduhnya melakukan pengubahan wang haram, wanita itu dinasihati agar membuat aduan polis.

Pangilan itu kemudian dipindahkan kepada seseorang yang menyamar sebagai inspektor daripada Pasukan Polis Singapura (SPF).

Mangsa kemudian disuruh untuk memberikan maklumat peribadi dan semua maklumat akaun banknya termasuk maklumat perbankan Internet bagi membantu polis dalam siasatan. Mangsa juga disuruh memuat turun sebuah aplikasi kiriman mesej untuk melaporkan pergerakan seharian beliau.

Pada 28 Oktober, QCP Capital mendapati satu percanggahan apabila seorang pelanggan baru, yang mengunakan identiti mangsa, cuba untuk mendaftarkan sebuah akaun online dengan syarikat tersebut. Selepas melakukan beberapa pemeriksaan, kakitangan firma tersebut mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena dan membuat laporan polis.

Polis berjaya meyakinkan mangsa bahawa beliau sudah menjadi mangsa penipuan yang menyamar sebagai pegawai pemerintah dan meleburkan percubaan menipu, melibatkan wang berjumlah S$500,000.

"Polis ingin merakamkan penghargaan kepada QCP Capital Pte dan kakitangannya atas kewaspadaan mereka, membawa kepada intervensi yang tepat pada masanya yang membantu mematahkan percubaan menipu," menurut kenyatannya itu.

Dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini, sekurang-kurangnya 50 mangsa diperdaya oleh penipu yang menyamar sebagai pegawai Mahkamah Tinggi, dengan kehilangan wang sekurang-kurangnya S$6.8 juta.

"Polis ingin mengingatkan anggota masyarakat agar berhati-hati dan berwaspada terhadap individu yang mungkin menyamar sebagai pegawai pemerintah, seperti pegawai Mahkamah Tinggi atau pegawai polis," nasihat polis dalam kenyataan itu.

Anggota masyarakat juga dinasihati supaya mengambil langkah berhati-hati apabila menerima panggilan yang tidak diuminta, terutama sekali daripada mereka yang tidak dikenali.

Abaikan panggilan itu. Jikalau anda menerima panggilan mencurigakan dari numbor tempatan, putuskan talian dan tunggu lima minit sebelum menghubungi nombor itu kembali untuk memastikan kesahihan permintaan tersebut. Abaikan arahan untuk menghantar atau memindahkan wang.

Jangan memberikan maklumat peribadi dan butiran bank sama ada di secara online atau melalui panggilan telefon

Hubungi seseorang yang dipercayai sebelum bertindak.

Untuk maklumat lanjut tentang penipuan, anda boleh melungsuri lelaman scamalert.sg atau menelefon talian antipenipuan di 1800-722-6688.

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita