Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Polis mungkin tutup kawasan risiko tinggi sebelum berlaku rempuhan, kata Sun Xueling

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Pihak berkuasa mempunyai rancangan luar jangka, termasuk menutup kawasan berisiko tinggi dengan segera sebelum ia menjadi sesak, untuk mengawal orang ramai di acara besar-besaran, kata Menteri Negara Ehwal Dalam Negeri Sun Xueling pada Isnin (28 Nov).

Cik Sun menjawab soalan Anggota Parlimen (AP) yang bertanya mengenai langkah-langkah untuk mengelak rempuhan dan orang awam dipijak, berikutan beberapa insiden yang berlaku di rantau ini.

Rempuhan di daerah Itaewon, Seoul, psemasa Halloween mengakitbatkan lebih 150 nyawa terkorban pada 29 Oktober.

Pada awal bulan itu, satu rempuhan di stadium di Jawa Timur, Indonesia, meragut lebih dari 120 nyawa setelah polis dan anggota tentera melepaskan gas pemedih mata arah para penonton.

Pada Isnin (28 Nov), Cik Sun berkata bahawa Pasukan Polis Singapura bekerjasama dengan pihak berkepentingan untuk mengawal risiko berkait kawalan orang ramai.

Beliau juga berkata di bawah Akta Ketenteraman Awam (POA), pihak penganjur perlu memberitahu polis mengenai acara awam yang dijangka menarik 5,000 peserta atau lebih, atau acara privet yang dijangka menarik 10,000 peserta atau lebih.

Pihak polis akan bekerjasama dengan penganjur untuk memastikan langkah-langkah sesuai bagi keselamatan awam. Cik Sun berkata, sambil menambah acara utama termasuk Perarakan Hari Kebangsaan, perayaan Krismas di Orchard Road, pengiraan detik Tahun Baru dan Perlumbaan Malam F1.

"Perancangan ini termasuk langkah seperti mengawal saiz orang ramai, kerahan anggota keselamatan, dan peraturan bagi mengawal orang ramai di kawasan perhimpunan dan kawasan yang dijangkakan mudah sesak,' kata Cik Sun.

Pegawai polis akan dikerahkan di kawasan acara utama untuk memastikan undang-undang dan ketenteraman dijaga serta mengambil tindakan ke atas sebarang insiden.


Cik Sun menambah apabila terdapat ramai orang di kawasan seperti Little India dan Chinatown, pegawai polis kerap melakukan rondaan. Mereka juga menggunakan kamera litar tertutup dan dron untuk mengawal situasi di kawasan tersebut.

Bagi tempat tertutup, had kapasiti dikawal oleh Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF), Cik Sun berkata.


PENGGUNAAN GAS PEMEDIH MATA

Menjawab soalan AP Gerald Giam (WP-Aljunied) mengenai sekiranya gas pemedih mata akan digunakan untuk mengawal orang ramai, Cik Sun berkata polis hanya akan menggunakan ejen kawalan rusuhan - termasuk gas pemedih mata - pada keadaan tertentu dimana terdapat ancaman berbahaya yang dapat mengancam orang ramai atau harta benda, serta risiko gangguan awam yang ketara.

Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan