Skip to main content

Singapura

Polis mohon maklumat wanita ini; kali terakhir dilihat di 162 Yishun Street 11

Pasukan Polis Singapura (SPF) meminta bantuan orang ramai untuk tampil memberi maklumat mengenai Cik Zurina Binte Khairuddin, 33 tahun.

Anggaran Waktu Membaca:
Polis mohon maklumat wanita ini; kali terakhir dilihat di 162 Yishun Street 11

(Gambar: SPF)

Diterbitkan : 22 Jun 2021 04:27PM Dikemas Kini : 22 Jun 2021 04:28PM

SINGAPURA: Pasukan Polis Singapura (SPF) meminta bantuan orang ramai untuk tampil memberi maklumat mengenai Cik Zurina Binte Khairuddin, 33 tahun.

Menurut SPF dalam kenyataannya pada Selasa (22 Jun), kali terakhir Cik Zurina dilihat di daerah Blok 162 Yishun Street 11 adalah pada 3.51 pagi, 24 Mei lalu.

Cik Zurina kali terakhir dilihat memakai kemeja-T putih dan seluar pendek berwarna biru.

Sesiapa yang mempunyai maklumat tentang keberadaan beliau diminta menghubungi polis di talian 1800-255-0000 atau menyerahkan maklumat secara online di laman www.police.gov.sg/iwitness.

Semua maklumat akan dirahsiakan, tambah SPF.

Sumber : BERITA Mediacorp/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita