Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Polis mohon maklumat remaja 16 tahun dilapor hilang

Pasukan Polis Singapura (SPF) memohon maklumat mengenai keberadaan seorang remaja berusia 16 tahun yang dilaporkan hilang.

Anggaran Waktu Membaca:
Polis mohon maklumat remaja 16 tahun dilapor hilang

Muhammad Hamizan Bin Salam. (Gambar: SPF)

SINGAPURA: Pasukan Polis Singapura (SPF) memohon maklumat mengenai keberadaan seorang remaja berusia 16 tahun yang dilaporkan hilang.

Muhammad Hamizan Bin Salam 16 tahun kali terakhir dilihat di Blok 993B Yio Chu Kang Road kira-kira pukul 6.30 pagi pada 8 April, menurut polis dalam kenyataan medianya hari ini (30 Apr).

Sesiapa saja yang mempunyai maklumat mengenai remaja itu diminta menghubungi talian hotline 1800-255-0000 atau menyerahkan maklumat secara online di laman www.police.gov.sg/iwitness.

Semua maklumat yang diterima akan dirahsiakan, menurut SPF. 

Sumber : BERITA Mediacorp/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan