Polis mohon maklumat cari Abu Majid 87 tahun
Pasukan Polis Singapura (SPF) memohon bantuan orang ramai untuk tampil memberikan maklumat mengenai keberadaan Encik Abu Majid yang berusia 87 tahun.
Encik Abu Majid terakhir kali dilihat di Blok 41A Margaret Drive pada 30 Mac 2022. (Gambar: SPF)
SINGAPURA: Pasukan Polis Singapura (SPF) memohon bantuan orang ramai untuk tampil memberikan maklumat mengenai keberadaan Encik Abu Majid yang berusia 87 tahun.
Menyurut kenyataan media SPF pada Ahad (3 Apr), warga emas itu terakhir kali dilihat di Blok 41A Margaret Drive pada 30 Mac.
Sesiapa yang mempunyai maklumat tentang keberadaan lelaki itu diminta menghubungi talian 1800-255-0000 atau menyerahkan maklumat secara online di laman www.police.gov.sg/iwitness.
Semua maklumat yang diterima akan dirahsiakan, menurut SPF.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.