Skip to main content

Singapura

Polis mohon bantuan penguasa asing cari lelaki kes bunuh wanita di flat Dover Road

Anggaran Waktu Membaca:
Polis mohon bantuan penguasa asing cari lelaki kes bunuh wanita di flat Dover Road

Keadaan di luar unit di Blok 1 Dover Road. (Gambar: CNA/Marcus Mark Ramos)

Diterbitkan : 03 Dec 2024 07:07PM Dikemas Kini : 03 Dec 2024 07:08PM
  • Siasatan sedang dijalankan ke atas seorang lelaki berusia 34 tahun atas dakwaan membunuh seorang wanita berusia 30 tahun, yang ditemui mati di flat Dover Road, menurut polis pada Selasa (3 Dis).
  • “Polis sedang mendapatkan bantuan pihak berkuasa asing untuk mendapatkan maklumat lanjut dan mengesannya,” kata Pasukan Polis Singapura (SPF).
  • Wanita itu ditemui terbujur di dalam unit tersebut pada Isnin (2 Dis).
  • Polis menyatakan pada Isnin (2 Dis) bahawa lelaki yang dipercayai boleh membantu siasatan bagi kes tersebut telah "meninggalkan Singapura sebelum dipanggil untuk membantu siasatan".
Dijana oleh AI
SINGAPURA: Siasatan sedang dijalankan ke atas seorang lelaki berusia 34 tahun atas dakwaan membunuh seorang wanita berusia 30 tahun, yang ditemui mati di flat Dover Road, menurut polis pada Selasa (3 Dis).

“Polis sedang mendapatkan bantuan pihak berkuasa asing untuk mendapatkan maklumat lanjut dan mengesannya,” kata Pasukan Polis Singapura (SPF) dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Selasa (3 Dis).

Wanita itu ditemui terbujur di dalam unit tersebut pada Isnin (2 Dis).

Dia disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan paramedik dari Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF).

Polis menyatakan pada Isnin (2 Dis) bahawa lelaki yang dipercayai boleh membantu siasatan bagi kes tersebut telah "meninggalkan Singapura sebelum dipanggil untuk membantu siasatan".

Lelaki dan wanita itu mengenali satu sama lain, tambah polis.

Siasatan sedang dijalankan.
Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita