Polis lapangan terbang SG uji robot yang boleh lakukan rondaan sendiri, angkut pegawai
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Dua robot berbentuk seperti skuter dengan logo Pasukan Polis Singapura (SPF) melakukan rondaan di sekitar Terminal 4 Lapangan Terbang Changi (T4) sejak beberapa minggu kebelakangan ini.
Ia bukan robot pembersihan atau yang digunakan untuk mengumpul dulang, yang biasa anda lihat di pusat membeli-belah. Ia sebenarnya robot rondaan baharu yang sedang diuji di kawasan berlepas T4 oleh Divisyen Polis Lapangan Terbang.
Robot-robot itu, yang diuji sejak awal Julai, mempunyai dua fungsi - robot rondaan autonomi dan juga menyediakan fungsi "e-hailing", untuk pegawai polis di lapangan terbang.
Pegawai boleh memanggil robot-robot itu ke lokasi mereka, sebelum menaikinya untuk ke destinasi yang ingin dituju di dalam lapangan terbang dengan cepat.

Robot GIBSON – dinamakan sempena pencipta skuter bermotor pertama, Arthur Hugo Cecil Gibson – dibangunkan oleh Agensi Teknologi dan Sains Home Team (HTX) dengan kerjasama Institut Penyelidikan Infocomm A*STAR.
Kedua-dua fungsi GIBSON ditunjukkan kepada media di T4 pada Rabu (16 Jul).
Robot itu setinggi paras dada dan mempunyai pemegang tangan dan platform di mana penunggang boleh berdiri.
Kelajuan operasi robot tersebut akan ditentukan semasa tempoh percubaan. Tempoh percubaan, serta kawasan lapangan terbang di mana robot-robot itu akan digunakan kelak, belum lagi didedahkan.
Semasa menggunakan fungsi rondaan autonomi, ia berhenti apabila orang berjalan di hadapannya. Ia juga memesongkan perjalanannya ke lokasi yang ingin dituju jika terdapat halangan di laluannya.
GIBSON dilengkapi dengan kamera, pengesanan cahaya 3D, navigasi bunyi dan ciri-ciri lain yang membolehkannya menentukan lokasinya dan bergerak dengan selamat dalam kawasan bangunan serta mengelakkan pelanggaran, menurut SPF dan HTX dalam kenyataan bersama.
Semasa digunakan untuk "ride" (menunggang), GIBSON boleh berfungsi seperti khidmat e-hailing. Dengan menggunakan satu aplikasi telefon dalaman, pegawai boleh memanggil robot untuk datang ke lokasi mereka.
Seorang pegawai polis lapangan terbang menunjukkan bagaimana beliau memanggil robot, dan kemudian menaikinya untuk bergerak di sekitar kawasan lapangan terbang menggunakan kawalan manual seperti tempat pemegang.

Namun, bukan sesiapa sahaja boleh menaikinya.
Untuk mengawal robot, pegawai perlu menggunakan kunci peribadi. Ini memastikan orang awam tidak boleh menyalahgunakan atau menaiki alat tersebut. Jika ada orang awam menghalang laluan GIBSON, ia juga boleh menggunakan hon.
"Pegawai yang menaiki GIBSON boleh melintasi kawasan dalam bangunan yang luas dengan cepat, sekali gus mempercepatkan waktu respons sambil memudahkan pergerakan dan meningkatkan kesediaan operasi mereka di dalam lapangan terbang," menurut SPF dan HTX.
Di sesi uji cuba itu, Mediacorp memerhatikan bahawa robot tersebut bergerak pada kelajuan berjalan kaki.
Bercakap kepada media, pegawai operasi untuk perancangan dan kesediaan Divisyen Polis Lapangan Terbang Patrick Pang berkata fungsi e-hailing memudahkan pegawai untuk memanggil GIBSON tanpa perlu mencarinya secara manual.
Cik Seah Qi Yan, seorang jurutera sistem darat di Pusat Kepakaran Robotik, Automasi dan Sistem Tanpa Pemandu HTX berkata GIBSON merupakan peningkatan daripada robot yang biasanya hanya menjalankan rondaan autonomi.
"Kami berharap untuk mencipta lebih banyak sistem robotik bersepadu yang bertindak balas secara dinamik terhadap isyarat persekitaran dan maklumat daripada pegawai pasukan Home Team," kata Cik Seah.
Polis pada tahun 2023 melancarkan robot yang tidak boleh ditunggang tetapi boleh membantu meronda premis secara autonomi.
Sebuah robot autonomi dikerahkan oleh polis Singapura untuk meronda Suntec City, di mana Sidang Puncak ASEAN ke-33 berlangsung.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.