Polis lanjutkan tarikh tamat tempoh pusat hiburan malam Orchard Towers untuk henti operasi
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar fail Orchard Towers. (Gambar: CBRE)
SINGAPURA: Polis melanjutkan tarikh tamat tempoh selama dua bulan lagi bagi pusat-pusat hiburan malam di Orchard Towers untuk menghentikan operasi, menyusuli rayuan oleh para peniaga.
Pada 15 Julai tahun lalu, polis memberitahu para pengendali dan pemilik cawangan-cawangan sedemikian di Orchard Towers bahawa tiada lesen hiburan awam baru akan diberikan.
Lesen bagi pusat hiburan malam sedia ada juga tidak akan diperbaharui selepas 31 Mei 2023.
Sebilangan pengendali perniagaan di Orchard Towers dan Persatuan Perniagaan Hiburan Malam Singapura membuat rayuan untuk melanjutkan lesen hiburan awamnya, menurut polis pada Khamis (13 Apr).
Polis menyatakan pemerintah sudah menimbangkan rayuan itu.
"Kami tidak akan menukar haluan dasar kami, tetapi polis sudah bersetuju untuk melanjutkan tarikh tamat tempoh bagi pusat-pusat hiburan malam untuk menghentikan operasi hiburan awam di Orchard Towers selama dua bulan lagi bagi memudahkan peralihan mereka ke aturan alternatif," jelas Pasukan Polis Singapura (SPF).
Cawangan-cawangan itu akan dapat memperbaharui lesen hiburan awam mereka sehingga Julai jika keperluan bagi pembaharuan itu dipenuhi.
Tiada pembaharuan lesen akan dibenarkan selepas itu, jelas polis.
Tahun lalu, polis menyatakan ketenteraman awam di Orchard Towers "membimbangkan" dan belum menunjukkan peningkatan setakat ini.

Sumber : CNA/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.