Skip to main content

Singapura

Polis kenal pasti identiti jenazah kanak-kanak ditemui di Taman East Coast

Anggaran Waktu Membaca:
Polis kenal pasti identiti jenazah kanak-kanak ditemui di Taman East Coast

Muhammad Hairil Bin Muhammad Effendi, seorang kanak-kanak dipercayai kurang upaya yang dilaporkan hilang sejak 29 Ogos 2025. (Gambar: SPF)

Diterbitkan : 31 Aug 2025 01:05PM Dikemas Kini : 31 Aug 2025 01:30PM
SINGAPURA: Pasukan Polis Singapura (SPF) mengesahkan bahawa jenazah kanak-kanak lelaki yang ditemui terapung di laut Taman East Coast ialah kanak-kanak lelaki yang dilaporkan hilang Muhammad Hairil Bin Muhammad Effendi.

SPF mendedahkan demikian menerusi catatan di Facebook pada Ahad (31 Ogos).

Menurut SPF, pihaknya menerima panggilan meminta bantuan di Taman East Coast pada Sabtu malam (30 Ogos) pada pukul 9.55 malam.

Sebaik tiba di tempat kejadian, polis menemui mayat seorang kanak-kanak lelaki yang terapung di laut dan dibawa ke darat oleh para pegawai Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF).

Kanak-kanak tersebut disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan paramedik SCDF.

Identiti jenazah kanak-kanak itu dikenal pasti oleh waris terdekat sebagai Muhammad Hairil Bin Muhammad Effendi, seorang kanak-kanak dipercayai kurang upaya yang dilaporkan hilang sejak Jumaat (29 Ogos).

Dalam catatannya, SPF menyatakan bahawa siasatan awal tidak mengesyaki sebarang perbuatan khianat. Siasatan polis sedang dijalankan.

Bagi menghormati keluarga kanak-kanak itu, orang ramai dinasihatkan supaya jangan berkongsi sebarang video atau imej kanak-kanak tersebut.
Sumber : BERITA Mediacorp/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita