Polis keluarkan nasihat keselamatan jelang perasmian Bazar Raya Geylang Serai 2024

Gambar fail: Hanidah Amin/CNA
Ini kerana bazar tersebut biasanya akan dibanjiri ramai pengunjung, terutama sekali pada hujung minggu dan ia akan membuka tirainya pada Sabtu (8 Mac).
Bazar tersebut dijangka beroperasi sehingga 10 April 2024.
Menurut kenyataan media SPF yang dikeluarkan pada Khamis (7 Mac), polis mengingatkan orang ramai tentang langkah-langkah keselamatan bagi mengelak kecurian dan kejadian mencabul kehormatan.
Para pengunjung bazaar diingatkan supaya:
- Jangan tinggalkan barangan peribadi tanpa diawasI di tempat awam
- Jangan terganggu oleh individu tidak dikenali yang mencetuskan kekecohan atau secara tidak sengaja
terlanggar/menumpahkan sesuatu pada anda;
- Jangan membawa terlalu banyak wang tunai
- Elak meletakkan dompet di kocek belakang seluar
- Pastikan beg tangan yang dibawa dizip dan diletakkan di hadapan anda
- Sentiasa berwaspada terhadap keadaan sesak
Polis memandang serius terhadap sesiapa sahaja yang menyalakan mercun.
Bahan sedemikian berpotensi mencetuskan risiko berlaku kebakaran dan boleh menyebabkan keadaan cemas dalam kalangan orang ramai, serta kecederaan dan kerosakan pada harta benda.
Sesiapa yang didapati membakar mercun boleh didakwa di mahkamah atas kelakuan terburu-buru atau cuai dengan
bahan berbahaya atau yang membahayakan di bawah Seksyen 284 Kanun Keseksaan 1871.
Jika perbuatan itu berkemungkinan menyebabkan kecederaan pada mana-mana orang lain atau membahayakan nyawa manusia dan jika sabit kesalahan, pesalah akan dikenakan hukuman penjara yang boleh dilanjutkan sehingga
setahun atau di denda sehingga S$5,000, atau kedua-duanya sekali.
KESESAKAN DI CHANGI ROAD & SIMS AVENUE
Sepanjang tempoh berlangsungnya bazar itu, akan terdapat banyak kenderaan di sepanjang Changi Road dan Sims Avenue. Justeru, para pemandu dinasihati supaya mengelakkan kawasan-kawasan sesak, membuat aturan perjalanan alternatif dan memandu dengan berhati-hati.
Para pegawai polis bertugas akan dikerahkan untuk mengawal pergerakan trafik di simpang dan jalan-jalan tertentu bagi memudahkan pergerakan serta mengurangkan kesesakan.
Tindakan tegas juga akan diambil terhadap individu yang meletak kereta sembarangan.
Dalam pada itu, para pemandu dinasihatkan supaya bekerjasama bagi mengelakkan kesesakan di sekitar kawasan bazar itu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.