Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Polis keluarkan makluman bertulis kepada siswazah NUS yang pegang kertas bantah hukuman mati

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Polis telah mengeluarkan makluman kepada seorang mahasiswa Universiti Nasional Singapura (NUS) yang memegang sekeping kertas membantah hukuman mati semasa majlis konvokesyennya pada Julai lalu.

“Bagi menjawab pertanyaan media, polis selepas berunding dengan Pejabat Peguam Negara, telah mengeluarkan nasihat bertulis kepada seorang lelaki berusia 24 tahun kerana memegang kertas membantah hukuman mati di majlis konvokesyen di NUS pada 6 Julai di Auditorium Pusat Kebudayaan NUS,” kata polis pada Jumaat (9 Sep).

Lelaki berkenaan, Luke Levy, pada Selasa memuatnaik gambar yang kelihatan seakan makluman polis, di akaun Twitternya.

Gambar-gambar tersebut menunjukkan pihak polis memaklumkan yang siasatan bagi kes tersebut sudah selesai dijalankan dan memutuskan untuk tidak mengambil sebarang tindakan lanjut terhadap Encik Levy.

"Dengan ini, anda dinasihatkan untuk tidak melakukan tindakan sedemikian di masa depan," kata makluman tersebut dalam gambar yang dimuatnaik.

Encik Levy mengaku berasa khuatir sementara "menunggu beberapa bulan" untuk mendapat tahu tindakan yang akan diambil polis susuli tindakan beliau semasa majlis tersebut.

Polis sebelum ini memaklumkan bahawa pihaknya sedang menyiasat perkara tersebut selepas satu laporan dibuat terhadap Encik Levy.

Seorang jurucakap NUS mengesahkan bahawa universiti tersebut tidak membuat sebarang laporan polis terhadapnya, namun menegaskan bahawa majlis konvokesyen "bukan satu forum untuk memajukan sebuah perjuangan".

Encik Levy mendakwa universiti tersebut "cuba seberapa boleh untuk memadamkan" apa yang dilakukannya di pentas, dan menyunting rakaman video semasa beliau di pentas.

Beliau juga menambah bahawa gambar rasminya di pentas, juga disunting agar tulisan pada kertas yang mengandungi bantahannya itu tidak dapat dilihat dengan jelas.
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan