Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Polis Johor siasat pemandu Maserati berdaftar SG susuli nahas maut di Linkedua

Anggaran Waktu Membaca:
Polis Johor siasat pemandu Maserati berdaftar SG susuli nahas maut di Linkedua

Kereta Maserati yang terlibat dalam nahas di Linkedua pada 9 Mei 2025. (Gambar: Facebook/Low Michael)

SINGAPURA: Polis Johor sedang menyiasat pemandu kereta Maserati yang berdaftar di Singapura, yang terlibat dalam nahas maut di Linkedua di Johor, lapor media tempatan pada Sabtu (10 Mei).

Menurut laporan The New Straits Times, pemandu berusia 27 tahun itu dipercayai membuat pusingan 'U' secara haram lalu merempuh pembahagi jalan di bahagian tengah pada sekitar 7.00 malam pada Jumaat.

Impak tersebut menyebabkan serpihan pagar besi itu bersepahan di lorong bertentangan dan menyebabkan kemalangan empat kenderaan di penanda 0.6 kilometer Linkedua, lapor NST.

Seorang penunggang motosikal berusia 26 tahun terkena serpihan itu lalu terhumban ke tepi jalan.

Mangsa cedera di bahagian kepala dan kaki, lalu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Rakaman dari dalam kenderaan bagi nahas tersebut tersebar online, dengan satu video menunjukkan penunggang motosikal itu melanggar apa yang dilihat seperti serpihan pembahagi jalan tersebut.

Penunggang motosikal lain turut terjatuh selepas terkena serpihan berkenaan.

Penolong Ketua Pesuruhjaya Polis daerah Iskandar Puteri berkata beberapa pengguna jalan raya yang marah turun lalu menyerang pemandu Maserati itu dan memukulnya dengan topi keledar sebelum polis tiba di tempat kejadian.

Siasatan masih dijalankan.
Sumber : CNA/AY/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan