Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Polis Johor cari wanita cabut plat nombor kereta, tahan kenderaan dari bergerak di Linkedua

Anggaran Waktu Membaca:
Polis Johor cari wanita cabut plat nombor kereta, tahan kenderaan dari bergerak di Linkedua

(Gambar: Tangkapan skrin video SG Road Vigilante - SGRV/Facebook)

Diterbitkan : 10 Jul 2022 08:39PM Dikemas Kini : 11 Jul 2022 01:46AM

SINGAPURA: Polis Johor sedang mencari wanita yang mencabut plat nombor kereta Toyota Alphard dan melemparnya pada cermin depan kenderaan tersebut berdekatan Kompleks Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Linkedua Tuas. 

Video kejadian tersebut tersebar luas di media sosial pada Sabtu (9 Jul). 

Dalam video tersebut, seorang wanita dilihat menggunakan kedua-dua belah tangannya untuk menghalang kereta berwarna hitam daripada bergerak sebelum mencabut plat nombor kereta itu lalu melemparnya pada cermin depan kenderaan itu. 

Seorang lelaki kemudian keluar daripada sebuah kereta Kia yang berdaftar di Singapura dan berlari ke arah kenderaan kenderaan mangsa membuat isyarat yang menyinggung perasaan. 

Dalam video yang sama, wanita itu dilihat di hadapan kereta berkenaan sambil memegang telefonnya dan menghalang kereta tersebut daripada bergerak ke hadapan. 

Kejadian itu berlaku setelah pemandu kereta Toyota Alphard itu menggeser sebuah kereta Kia semasa bergerak ke lorong kanan, kata Penolong Pesuruhjaya Polis Iskandar Puteri ACP Rahmat Ariffin dalam satu catatan Facebook pada Ahad (10 Jul). 

Seorang lelaki dan wanita dari kereta Kia itu kemudian keluar dari kereta mereka, lalu melontar kata-kata kesat dan membuat isyarat tangan lucah terhadap mangsa, kata ACP Rahmat dalam kenyataan yang dikeluarkan dalam bahasa Melayu. 

"Suspek wanita merobek plat nombor kereta tersebut dan membalingnya ke arah cermin depan," tambahnya. 

Mangsa sedang dalam perjalanan pulang ke Singapura dari  Forest City di Johor dan tidak cedera, menurut ACP Rahmat sambil menambah terdapat kerosakan kecil pada kereta mangsa.

Tambah ACP Rahmat, rakaman insiden tersebut diperolehi daripada kamera litar tertutup (CCTV) kereta mangsa. 

Kes itu disiasat bagi tuduhan melakukan perbuatan nakal. 

"Para pengguna jalan raya dinasihatkan supaya memandu dengan berhati-hati dan tidak tergesa-gesa, terutama sekali di jalan raya CIQ Linkedua," menurut kenyataan tersebut. 

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan