Polis jalin kerjasama dengan peruncit tingkatkan langkah cegah kecurian
Beberapa kedai di Singapura menghantar kakitangan mereka untuk melakukan rondaan bersama polis dan mendapatkan latihan tambahan bagi mengenal pasti dan menangani pencuri.
Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Beberapa kedai di Singapura menghantar kakitangan mereka untuk melakukan rondaan bersama polis dan mendapatkan latihan tambahan bagi mengenal pasti dan menangani pencuri.
Selain itu, lebih banyak peranti digital dipasang di sekitar kedai bagi mencegah pencurian pada waktu sibuk menjelang perayaan Tahun Baharu Cina.
Ini selepas 14 individu akan didakwa di mahkamah atas kesalahan mencuri sepanjang dua hari ini (15-16 Jan).
Bagi peruncit seperti Yue Hwa, langkah-langkah pencegahan jenayah sedemikian telah membantu.
Ia merupakan dalam kalangan lebih 1000 peruncit yang berdaftar di bawah program pencegahan kecurian kedai.
Dengan bantuan polis, Yue Hwa telah meletakkan lebih banyak papan tanda dalam kedainya bagi mencegah pencuri.
Lebih banyak kamera CCTV turut dipasang di tempat-tempat strategik.
Menerusi usaha seumpamanya, jumlah kes kecurian di kedai-kedainya merosot daripada enam kes setiap tahun kepada sifar sekarang.
Menurut polis, kerjasama sedemikian dengan para peruncit adalah kunci bagi mengurangkan jumlah kes kecurian kedai di Singapura, di mana jumlahnya melonjak lebih 21 peratus pada 2023.
"Melalui Program Kesedaran Kecurian Kedai Untuk Peruncit (STAR), kami dapat melaksanakan langkah-langkah pencegahan jenayah yang berkesan dalam kedai.
"Kami ingin menyampaikan mesej jelas kepada para pesalah. Para peruncit semakin memanfaatkan kamera CCTV dalam kedai mereka.
"Walaupun jika anda berjaya meninggalkan kedai dengan barang curian, anda lambat laun akan dikenal pasti dan diheret ke muka keadilan oleh Polis," kata Pegawai Memerintah SPF di Balai Polis Kejiranan Bukit Merah East, Su Jie Hui.

Sumber : CNA/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.