Skip to main content

Singapura

Polis jalankan siasatan selepas lelaki tumbuk penyelia keselamatan di Roxy Square

Polis sedang menyiasat kes melibatkan lelaki yang menumbuk seorang penyelia keselamatan di Roxy Square.

Anggaran Waktu Membaca:
Polis jalankan siasatan selepas lelaki tumbuk penyelia keselamatan di Roxy Square

Petikan gambar daripada video yang tular online.

Diterbitkan : 06 Apr 2019 10:46AM Dikemas Kini : 06 Apr 2019 10:50AM

SINGAPURA: Polis sedang menyiasat kes melibatkan lelaki yang menumbuk seorang penyelia keselamatan di Roxy Square.

Polis menyatakan, pihaknya dimaklumkan mengenai insiden di 50 East Coast Road itu pada sekitar 12.20 tengah malam Khamis (4 Apr).

Kes itu disiasat sebagai perbuatan menyebabkan kecederaan dengan sengaja.

Seorang lelaki berusia 47 tahun sedang membantu dalam siasatan.

Syarikat Regal Security and Fire Management Services mengesahkan semalam bahawa lelaki yang ditumbuk itu ialah seorang penyelia keselamatan, Encik Andrew Lim.

Video insiden itu yang tersebar di media sosial menunjukkan dua lelaki itu bertengkar. Encik Lim boleh didengar sedang menjelaskan kepada lelaki itu tentang arah pintu keluar.

Lelaki tersebut melontarkan kata kesat terhadap Encik Lim dan memberitahunya supaya diam.

Penyelia keselamatan itu menjawab "boleh kami berbual secara baik" dan menawarkan untuk menunjukkan arah pintu keluar.

Bercakap kepada Mediacorp, pengurus besar syarikat itu, Encik K Bhaskaran berkata, Encik Lim sedang mengambil cuti sakit dan perlu menjalani imbasan CT. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita